Spectre Filem Wajib Tonton November 2015

spectre 007

Semalam saya berkesempatan menonton filem Spectre. Memang wajib tonton lah untuk bulan November ini. Filem James Bond tidak pernah mengecewakan saya dari dulu.

Filem aksi barat berjudul “Spectre” ini merupakan filem yang bercerita tentang kelanjutan  agen James Bond ( Daniel Craig ). Bond mendapat kembali bekas dari misi sebelumnya. Dalam bekas (kotak) tersebut yang didapat, terdapat potongan foto yang telah terbakar dan juga selembar kertas dengan nota berwarna hitam di dalamnya. Dari pesan tersebut, Bond menyedari bahawa dia ditugaskan untuk membongkar suatu organisasi kejahatan.

Pada permulaan cerita, Bond ke Mexico City untuk menghalang operasi pengeboman. Starting dia dah penuh dengan aksi sparring di dalam helicopter.

Pertengahan cerita hingga akhir cerita penuh dengan aksi. Saya tak setuju kalau ada yang kata filem Spectre ni banyak cakap-cakap dan kurang aksi. Bagi saya aksi dan cakap itu sama banyak.

Lakonan Daniel Craig memang menjadi tambahan ada heroin baru Léa Seydoux yang memang memukau dan membuatkan saya jatuh cinta untuk kali pertama. Batista pun berlakon tau dalam filem ni memegang watak jahat untuk memburu Bond.

Beli tiket menggunakan apps GSC di dalam smartphone lebih menjimatkan masa dan mudah.

Beli tiket menggunakan apps GSC di dalam smartphone lebih menjimatkan masa dan mudah.

Saya agak bingung kenapa filem ini rate PG-13. Sedangkan ia memang tak sesuai untuk yang berumur 18 tahun ke bawah. Yang lagi mengecewakan di dalam hall tersebut ada ibu bapa yang tak bertanggungjawab membawa anak yang saya agak masih sekolah rendah. Pelik macam mana boleh lepas masuk dalam hall tu.

Saya harap pengeluar-pengeluar filem Melayu dapat belajar dari filem Spectre ini. Zaman sekarang penonton mahukan filem yang berkualiti, yang ada aksi bukan cintan-cintun dan hantu yang tak seram. Contohnya filem Polis Evo yang banyak dengan aksi bom meletup tembak menembak terus pecah panggung box office. Jangan takut untuk keluarkan modal untuk filem yang bagus

Rating Spectre (2015) ikhlas dari saya, 4.2/5. Sekian.

 

 

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

1 Response

  1. azrin says:

    saya pun dah tengok, memang best cerita ni, cuma ada sikit-siki scene yang nampak tak logik sangat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *