Senarai Kedah Hotels dan Tempat Menarik di Kedah

Belum boleh digelar kaki jalan lagi kalau anda belum pernah menjejakkan kaki ke bumi jelapang padi, Kedah. Terletak di Utara Malaysia dan banyak Kedah Hotels yang best-best.

Image result for kedah

Di Kedah, anda tak perlu risau sebab ada hotel-hotel yang mampu menepati apa yang anda mahukan. Kalau bawak family besar pun tiada masalah sebab harga hotel di sini tidaklah seperti di Kuala Lumpur. Kira orang kata harga patut la.

  • Hotel Grand Crystal Kedah – Hotel yang terletak di Alor Star ini sesuai untuk golongan professional seperti usahawan, Salah satu dari Kumpulan Grand Hotels International Group, hotel ini mempunyai 138 bilik dan suites yang dilengkapkan dengan wifi access , satellite / cable tv,IDD phone di setiap bilik.
  • Swiss-Inn Sungai Petani – Terletak di Sungai Petani, mudah untuk anda ke Pantai Merdeka atau ke Tanjung Dawai. Dengan 101 bilik dengan rekaan moden dan layanan mesra dari pihak staf, hotel ini ialah hotel ideal untuk anda menginap bersama keluarga.
  • The Regency Hotel Alor Setar – The Regency Hotel Alor Setar ialah hotel 3 bintang yang menawarkan hospitaliti, layanan mesra dan sedikit daya tarikan bandar Alor Star yang berdekatan dengan hotel ini. Terletak di tengah-tengah bandar berdekatan bangunan kerajaan, kemudahan awam seperti bank, makanan dan tidak jauh dengan City Plaza untuk anda membeli belah.
  • The Danna Langkawi – The Danna Langkawi ialah resort 5 bintang mewah di Langkawi berdekatan Pantai Kok yang mempunyai 125 bilik dan suites, restoran dan rawatan spa yang melupakan anda dari kesibukkan kota dan kerja. Dibahagikan kepada lapan kategori, unit penginapan berkisar dari 60sqm hingga 600sqm dengan balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan hutan hujan tropika dan laut.

Tempat Menarik di Kedah

  1. Langkawi

Langkawi, tanah yang popular dengan lagenda Mahsuri. Berstatus kawasan bebas cukai. Ibarat syurga untuk membeli belah pinggan mangkuk dan coklat. Turut juga mempunyai pantai dan panorama yang menarik. Sesuai untuk percutian keluarga dan pasangan yang baru berkahwin. Bagi Amirul Langkawi ini lebih indah dari Pulau Pinang kerana rasa lebih tenang kerana jalanraya di Langkawi tidaklah sesak macam di Pulau Pinang. Panorama Langkawi paling indah boleh dilihat dari Jambatan Gantung cetusan ilham Bapa Pembangunan Malaysia Tun Dr Mahathir.

Kawasan yang wajib dilawati di Langkawi di langkawi

  1. Langkawi Sky Bridge

Untuk dapatkan gambar dengan permandangan hijau tanpa mendaki gunung, Langkawi sky bridge ialah tempat yang wajib dilawati bagi hipster-hipster Instagram yang kaki selfie. Untuk naik ke atas, anda perlu menaiki cable car.

2. Datarang Lang

Monumen helang di Dataran Lang ialah simbolik untuk Langkawi. Pastikan anda dapat bergambar di sini sebelum pulang balik. Patut helang ni dicat warna merah ye tak sebab pasukan bolasepak Kedah sekarang digelar lang Merah.

3. Pulau Dayang Bunting

Kredit gambar : jomjalan.com.my

Pulau Dayang Bunting mempunyai cerita dan mitosnya sendiri. Kononnya pulau ini diangkat oleh nama seorang puteri dari kayangan yang bernama Mambang Sari yang  kematian anaknya selepas 7 hari bersalin. Disebabkan terlalu kecewa, dia telang memcampakkan anaknya ke tasik dan kini dipanggil Pulau Dayang Bunting. Bukan itu sahaja, bukit yang berdekatan dengan tasik ini menyerupai seperti seorang perempuan hamil sedang tidur. Banyak pengunjung yang berkunjung ke destinasi ini kerana mitosnya.

Sini best untuk mandi. So bawak baju mandi ye!

4. Underwaterworld Langkawi

Image result for underwaterworld langkawi

Kredit gambar : Langkawitravel.info

Untuk pecinta aquamarine, Underwaterworld adalah tempat paling sesuai untuk anda. Terdapat 500 spesis kehidupan laut termasuklah penguin, kuda laut, flamingo dan lain-lain. Anda juga boleh merasai pengalaman berada di dalam lautan dalam dengan laluan terowong  sejauh 15 meter.

2. Ulu Lengong Hot Spring

Image result for ulu legong baling

Perjalanan ke Ulu Legong, Baling hanya memakan masa 1 jam dari Butterworth. Keistimewaan Ulu Legong sudah menjadi bualan ramai pengunjung dari luar Kedah. Bukan mudah untuk mendapatkan kolam air panas yang mempunyai 9 buah kolam yang mempunyai kepanasan yang berbeza mengikut usia dan ketahanan fizikal. Bukan itu sahaja, pusat riadah ini turut menyediakan aktiviti lain seperti BBQ, gym dan restoran dan gerai makan di sekitarnya. Jadi, pengunjung bukan sahaja dapat merehatkan diri di dalam kolam air panas malah mereka turut dapat mengeratkan silaturahim di antara keluarga dengan aktiviti lain.

Waktu Operasi: 24 Jam

Bayaran Tiket: Dewasa MyKad: RM6, Biasa: RM10| Kanak-kanak MyKad: RM3, Biasa: RM6 | Pesara Kerajaan, OKU & Warga Emas RM4

 

3. Masjid Zahir

Image result for masjid zahir

Kredit gambar : The Rakyat post

Masjid Zahir bukan seperti masjid biasa di Kedah. Masjid Zahir sudah pun dibina sejak tahun 1912 lagi oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Reka bantuk masjid yang mempunyai 5 kubah utama melambangkan 5 Rukun Islam. Walaupun sudah lama dibina, masjid ini masih teguh dan turut dikunjungi pengunjung bukan Islam.

 

4. Bukit Kayu Hitam

Bukit Kayu Hitam bukan lagi asing oleh rakyat Malaysia. Ini kerana lokasinya yang bersempadan dengan Siam menyebabkan serba sedikit barangan dari Siam turut dijual di situ. Kebanyakkan pengunjung yang ke sana berpendapat harga yang dijual di situ lebih murah berbanding di ibu kota. Ada juga pengunjung yang ke sana untuk membeli pelengkapan perkahwinan dan kenduri kerana mereka boleh mendapatkan harga borong. Kesimpualnnya, Bukit Kayu Hitam amat sesuai di lawati oleh pengunjung yang gemar untuk membeli belah.

Waktu Operasi: 10.00am – 9.00pm

 

5. Tanjung Dawai

Satu lagi lokasi untuk pengunjung yang tinggal di tengah kota. Setelah sibuk bekerja dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, apa kata kita alihkan pemadangan kita ke lautan luas? Tenangkan diri anda dari kesesakan kota dengan beriadah di persisiran pantai. Tanjung Dawai didiami kebanyakannya dari golongan nelayan dan petani. Disebabkan itu, kawasan ini juga turut terkenal dengan pusat beli belah hasil laut. Anda boleh mendapatkan hasil laut seperti ikan kering, sotong kering, belacan dan lain-lain. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan laut di sana.

 

6. Gunung Jerai

Untuk pengunjung yang gemarkan cabaran seperti mendaki, anda boleh lah mencuba mendaki Gunung Jerai. Trek untuk pendaki turut disediakan. Setelah penat mendaki, and akan dihadiahkan dengan pemandangan yang indah dari atas Gunung Jerai. Anda akan dapat melihat sawah padi dan laut biru dari puncaknya. Di sini juga terdapat air terjun untuk beriadah.

 

7. Taman Tema Air The Carnivall.

The Carnivall adalah satu-satunya taman tema air di Kedah. Ia terletak di Sungai Petani, Kedah. Pengunjung yang mempunyai anak ataupun mahu mengadakan hari keluarga, The Carnivall adalah lokasi yang sesuai. Ahli keluarga dapat berseronok dengan menaiki pelampung menyelusuri Lazy River, gelongsor dalam tiub yang curam, menaiki slide dan lain-lain.

Waktu Operasi: Isnin, Selasa & Khamis (11.00am – 6.00pm) | Jumaat – Ahad (10.00am – 7.00pm) | Rabu Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)

Bayaran Tiket: Dewasa RM28| Kanak-kanak RM26| Khas RM26 (Harga Tiket Lebih Murah Pada Hari Bekerja)

 

8. Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok dan sekitar 23 km dari Bandar Sungai Petani. Muzium ini membuktikan wujudnya perdangangan dan peradaban masyarakat lama di Asia Tenggara dengan mempamerkan koleksi artifak.Semua artifak ini dijumpai atas hasil penyelidikan yangdiajlankan di tapak aekeologi ini.

Atas penemuan ini, Kedah dibuktikan salah satu negeri yang paling lama di Asia Tenggara denagn wujudnya perdagangan antarabangsa dan penyebaran agama Hindu Buddha pada kurun ke-3 masihi hingga ke-12 masihi.

Bayaran Tiket : Percuma

 

Banyak tempat menarik di Kedah, so ini senarai list WAJIB yang perlu anda lawati sebab saya sendiri dah pernah ke semua tempat yang disebut. Jadi cuba lah pusing-pusing sekitar Kedah dan nikmati kehijauan yang terdapat di Kedah.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...