Sakit Lutut Berbunyi

Sakit lutut berbunyi – Tak kira yang muda ataupun tua, masalah sakit lutut berbunyi kerap didengari. Adakah ini akan mendorong kepada sakit sendi yang kronik jika tidak di ambil berat? Tak mengapakah kalau tak pergi check dengan doktor kalau tak sakit?

 

Tahukah anda bagaimana situasi ini boleh terjadi? Selalunya, lutut akan berbunyi apabila kita berubah posisi dari duduk atau membongkok. Mungkin juga terjadi ketika sujud atau rukuk dalam solat.

 

Lutut berbunyi tanpa rasa sakit

 

Yang ini selalu berlaku bagi golongan muda. Kadang-kadang rasa kurang selesa kalau orang lain dengar. “Muda-muda lagi dah berbunyi lutut. Tua-tua nanti sakit sendi lah tu.” Mungkin inilah apa yang selalu berlegar di fikiran kita kalau orang lain dengar lutut kita berbunyi.

 

Tapi sebenarnya ianya bukanlah masalah besar dan sering berlaku pada masa-masa tertentu. Kebanyakan bunyi ini dikategorikan sebagai istilah “crepitus” yang pada dasarnya bermaksudĀ “bunyi sendi.” Sama seperti apabila ketuk jari anda, bunyi popping yang kuat dari lutut anda adalah yang paling mungkin disebabkan oleh apa yang dipanggil peronggaan.

 

Peronggaan terhasil kerana perbezaan tekanan pada sendi yang membolehkan karbon dioksida yang biasanya larut dalam cecair synovia keluar daripada cecair tersebut dan membentuk gelembung udara pada sendi tersebut dan menghasilkan rongga kecil pada sendi. Apabila rongga ini ditutup dengan cepat, gelembung udara tersebut akan menghasilkan bunyi “pop”.

 

Dalam kebanyakan kes, hal ini tak perlu di ambil berat. Malah, teori yang orang kata jika kita membuat punyi “pop” pada sendi atau “meletupkan” jari boleh mendorong kepada arthritis sama sekali tidak mempunyai sokongan dalam kajian.

 

Lutut berbunyi kuat bersama rasa sakit

 

Jika keadaan ini menyakitkan, maka ianya agak sserious dan perlu diambil berat. Pada sendi normal, bahan bergetah dan lembut dipanggil “cartillage” meliputi pada hujung bahagian tulang. Function cartillage ni senang cakap sebagai cushion lah nak elakkan rasa sengal-sengal pada sendi.

 

 

  • Osteoarthritis

Dalam osteoarthritis, cartillage rosak dan menyebabkan kesakitan, masalah bergerak dan bengkak pada sendi. Bila cushion ni dah rosak jadi tulang akan berlaga dan mungkin akan menghasilkan beberapa serpihan tulang hasil daripada geseran.

 

Walaupun osteoarthtitis sering berlaku pada semua peringkat umur, tetapi ianya lebih kerap berlaku pada orang yang berumur lebih daripada 65 tahun. Faktor risikonya adalah obesiti, pernah berlaku kecederaan sendi dan otot paha lemah.

 

Tips mengelakkan sakit lutut

 

  1. Senaman kaki dan lutut – senaman ringan dan kerap yang boleh membantu pembuatan tisu dan sendi seperti naik turun tangga, berbasikal dan mendaki bukit.
  2. Warm up – sebelum memulakan aktiviti sukan yang lasak, eloklah untuk kita memulakannya dengan warm up untuk meningkatkan fleksibiliti otot dan dapat mengelakkan sakit pada sendi-sendi tertentu.
  3. Kasut yang sesuai – Gunakanlah kasut yang sesuai dengan aktiviti kita, jangan main bantai ja. Terutama sekali dalam aktiviti bersukan. Pergerakan kita yang lincah ketika bersukan perlukan grip dari kasut, jika tidak kita akan mudah terkehel.

You may also like...

15 Responses

  1. saya ada juga tahun lalu. few months juga. tp lepas 4 bulan alhamdulillah takde dah.

  2. zik says:

    bahaya jugak nih.. lutut berbunyi..

  3. ahmadyani says:

    Salam. Sesekali berbunyi, biasa lah. Kalau kerap berbunyi walau tidak sakit, rasanya patut buat pemeriksaan doktor. Sekadar berjaga-jaga…

  4. hafiz says:

    Biasa time solat, lutut ada bunyi juga..

  5. Pendidik2u says:

    Mak saya lutut dia x boleh lipat, adakah sebab dah tiada ‘gel’ untuk membolehkan sendi nya bergerak..?

  6. zool says:

    Takut juga ni..
    bila dah berumur memang kadang2 kena juga

  7. titan says:

    kena jaga selalu.

    nak pakai lama nih.

    kalau bujang, lagi kena jaga.

    kang eksesais malam terganggu kalau benda ni rosak awal.

  8. Farah Alina says:

    Ada seorang kenalan saya pernah kena macam ni. Komit ambil Collagen Shaklee alhamdulillah sihat dan boleh solat berdiri lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *