Rakyat Malaysia suka gambar Selfie?

selfie

Rakyat Malaysia suka gambar Selfie? | Selfie? Anda mesti salah seorang yang suka mengambil gambar selfie. Usah nafikan, saya tahu semua pernah mencuba selfie namun ada yang berani upload gambar di laman sosial dan ada yang tak yakin kerana tidak mempunyai wajah yang kacak atau cun melecun.

Menurut kamus Oxford,selfie adalah satu foto diri sendiri yang diambil menggunakan telefon pintar atau kamera yang kemudian dipindah naik ke laman sosial.

Saya akui, saya juga pernah mengambil selfie. Saya jarang sekali mengambil gambar selfie kecuali di tempat yang saya rasakan amat menarik contohnya bulan lepas saya berkunjung ke Candi Borobudur di Jogjakarta, Indonesia dengan memakai spek Rayban Aviator. Bila kita berada di sesuatu landmark, pasti kita ingin mengambil gambar berlatar belakangkan landmark tersebut.

Saya membaca akhbar Metro hari ini mencatatkan bahawa terdapat 71.3 juta hastag #selfie di laman sosial Instagram. Rancak sungguh manusia berselfie. Tapi selfie ni banyak dilakukan oleh wanita, kira kalau lelaki ni jarang lah kecuali lelaki awwww macam Bobo. Puiii. Begitu juga dengan artis popular yang suka selfie seperti Neelofa, Shila Amzah, Elfira Loy dan Tasha Shila.

Info Selfie

Pertama kali muncul dalam satu kemaskini forum di Australia pada 2002.
Kini perkataan selfie antara yang popular digunakan dalam laman sosial seperti Instagram, Keek, Vine, Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, sesetengah pakar psikologi berpendapat, perbuatan selfie itu sendiri menjurus kepada gangguan personaliti narsistik.

Laman web psikologi, PsychCentral yang diuruskan pakar psikologi memberi definisi gangguan personaliti narsistik sebagai sifat grandiositi dalam fantasi pelaku atau kelakuan sebenar yang memerlukan perhatian orang lain serta tidak memiliki sifat empati.

Individu yang mengalami gangguan ini biasanya merasakan mereka mempunyai kepentingan dalam hidup orang lain.

Namun, Pengarah Pusat Media Penyelidikan Psikologi, Pamela Rutledge dalam Psychology Today menafikan individu yang suka merakam foto selfie sebagai individu yang mempunyai karakter narsistik.

“Ia boleh disifatkan sebagai penerokaan identiti yang menjadi salah satu cara paling berkesan untuk mengetahui diri anda apabila orang lain melihat anda,” katanya.

Menurutnya, selfie menawarkan peluang untuk menunjukkan aspek diri anda tidak kira sama ada ia foto hodoh atau cantik yang memungkinkan kita belajar mengumpul maklumat mengenai diri sendiri dari semasa ke masa.

“Selain itu, ia (selfie) jelas mengenal pasti minat yang menguatkan lagi identiti sosial kita seperti selfie remaja melakukan aksi tertentu dari watak animasi atau filem,” katanya.

Fungsi Kamera Hadapan Smartphone

kamera hadapan galaxy s4

FUNGSI kamera depan menjadi ciri menarik untuk berselfie juga menjadi faktor semakin ramai wanita yang kerap berselfie apabila mereka bosan. Ia diakui sendiri oleh rakan baik saya. Saya cadangkan selepas ini telefon pintar perlu membuat smartphone edisi wanita dengan kamera hadapan lebih beresolusi tinggi daripada kamera belakang atau kamera yang boleh dipusing ke depan dan belakang.

5 Cara untuk Berselfie

Ini merupakan 5 cara berselfie bagi newbie yang cuba nak buat selfie. Saya tidak menggalakan selfie, cuma ingin berkongsi cara berselfie supaya selfie anda tidak kelihatan teruk.

  • Pastikan tangan anda memegang telefon dalam keadaan stabil. Bagi memberi keselesaan, pastikan tangan tidak terlalu tegak.
  • Lakukan Duck Face yang comel.
  • Pastikan semasa menangkap gambar, pencahayaan yang cukup supaya muka anda tidak gelap.
  • Elakkan gambar tangan anda termasuk dalam gambar.
  • Jika anda menggunakan cermin, pastikan jarak di antara anda dan cermin tidak terlalu jauh.

Jangan terkejut sekiranya fungsi flash juga dimuatkan di bahagian depan kamera bagi kebanyakan telefon berbanding tumpuan kepada flash di bahagian belakang.

Akhir kata, kurangkan berselfie dan banyakkan membaca. Membaca itu jambatan ilmu. Kah3 aku sendiri pun jarang membaca tambah lagi kalau dalam Inggeris memang mati keras tak faham.

13 comments
  1. titan
    Jan 24, 2014
    aku tak reti nak selfie-selfie ni. haha..
    • Amirul
      Jan 24, 2014
      Lelaki jarang selfie, sebab takut dipaku oleh kawan2. Kalau perempuan selfie mesti kena puji
  2. Izzuddin Fauzi
    Jan 25, 2014
    Hahahahaha... Aku tak selfie... MALU beb...
  3. Potia Casadelarossa
    Feb 2, 2014
    hahaha... bagus info ni... mohon share ye... nasib aku tak pernah buat menda2 ni....
  4. khairul asrol
    Feb 2, 2014
    aku tadak instagram jadi tak reti nak selfie ni. biasa yang ada insta je selfie. keh3
  5. Irwan Alessa
    Feb 4, 2014
    selfie?? hahaha beri 100 sebab kenapa gua harus selfie?? hahaha.. wehh besar gedabak salji blog ang ni.. ekekek..
  6. Mohd Rasul Abu Hanipah
    Feb 11, 2014
    serius tak minat selfie haha...
  7. Pendekar Berkuda
    Mar 15, 2014
    hahaha...ayat mati keras tak faham tuh lejen...
  8. cik lianaaa
    Mar 15, 2014
    hahahaha. selfie itu indah xD
  9. hazanis
    Mar 18, 2014
    alamak. terasa i. -.-'
  10. Hero Borneo
    Jun 5, 2014
    selfie macam selfish sahaja bunyinya..ambik gambar tanpa perlu orang lain!..maksud lebih kurang sama
  11. Pengalaman di Jogjakarta Indonesia (Bahagian 1) – Amirul (dot) MY
    Jun 7, 2014
    […] Sapa yang nak tengok selfie aku di Candi Borobudur boleh >> klik sini […]
  12. ikhwan
    Nov 20, 2014
    saya dah ada anak baru la rasa nak selfie :)
Amirul