Pertandingan Blog MyPengguna

mypengguna

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi apabila saya turut menjadi salah seorang daripada 20 orang pemenang dalam pertandingan blog MyPengguna.

Pada mulanya saya sangka dah tiada harapan untuk menang kerana saingan hebat-hebat belaka. Namun ini mungkin rezeki saya, saya menang tempat keempat iaitu saguhati.

Walaupun sasaran saya untuk menang tempat pertama yang hadiahnya bernilai RM1500 tidak kesampaian, saya masih bersyukur kerana ada juga saguhati.

Tapi ada sedikit kecacatan pada nama sekolah saya yang tidak dieja dengan betul dan ditulis saya dari Johor. Maaf, saya bukan dari Johor tapi dari Kedah negeri jelapang padi.

Terima kasih kepada MyPengguna Malaysia yang menganjurkan pertandingan secara besar-besaran ini dapat mencungkil bakat anak muda di Malaysia.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    aku masuk gak. Tapi tak menang. Memang buat cincai masa tu. Nak cari bahan pun tak banyak. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *