Pengaruh Mr Arrogant Punya Pasal

Sedar tak sedar sudah masuk tahun baru masihi. Ramai yang berazam untuk menjadi lebih baik pada tahun 2014 ini dan ada juga yang sibuk bekerja sampai tidak sedar dah masuk tahun baru.

Masih segar di kepala saya tentang drama berjudul “Love You Mr Arrogant” di TV3. Saya amat berminat dengan Ray Ban yang dipakai oleh pelakon utama iaitu Azlee Khairi.

azlee khairi

Lantas saya pun berniat untuk memiliki juga spek Rayban seperti Azlee Khairi.

Beberapa hari kemudian….

20131219_115618

Saya order Rayban Aviator biru daripada Tokey Spek. Kualiti spek yang dipesan ialah gred 5A iaitu gred paling bagus menurutnya. Saya tidak mampu untuk membeli Rayban Original kerana masih belum mempunyai kerja buat masa ini jadi pilihan saya ialah Rayban clone.

spek rayban aviator

Jika diperhatikan sekali pandang seakan-akan original dan anda tidak akan perasan. Bagi saya kualitinya bagus, harga pun berpatutan kurang dari RM100 berbanding original yang hampir mencecah ribuan ringgit.

Saya memesan saiz 58 iaitu saiz yang sesuai untuk wajah saya. Saiz 58 sesuai untuk lelaki manakala saiz lebih besar iaitu 62 sesuai untuk wanita.

Dan apa yang paling menarik…. walaupun anda tidak kacak, selepas memakai spek ini anda akan menjadi kacak. Betul ke?

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    pehh..gua pun kena cari satu nih. baru bertambah kacaknya. haha

  1. January 23, 2014

    […] bulan lepas saya berkunjung ke Candi Borobudur di Jogjakarta, Indonesia dengan memakai spek Rayban Aviator. Bila kita berada di sesuatu landmark, pasti kita ingin mengambil gambar berlatar belakangkan […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *