Pengalaman ke Hat Yai dengan bajet RM250

Dengan hanya bajet RM250, saya dapat pengalaman bercuti ke Hat Yai, Thailand selama 2 hari 1 malam. Betul orang kata untuk berjalan-jalan tak semestinya perlu kaya. Tapi kena backpacker lah, tak boleh beli macam-macam.

Total semua 4 orang. Kami tukar duit di money changer Malaysia RM250 ke baht. Dapat dalam 2200 Baht. Agak susah nak estimate matawang sebab ia nilai yang sering berubah dan mengikut nilai currency yang ditetapkan oleh money changer tersebut.

Padang Besar

Kami plan bertemu di dalam KTM menuju ke padang besar sebab kami berbeza lokasi. Seeloknya perlu naik tren yang awal sebab nak elak dari beratur panjang di imigresen.

Tren dari Butterworth – Padang Besar beroperasi seawal 5.25 pagi. Kami ambik gerabak yang kedua. Saya naik di Sungai Petani pada jam 6.59 pagi. Yang ini kena disiplin sikit untuk bangun awal sebab tren sangat punctual.

Untuk jadual tren boleh search di google. Untuk ke padang besar makan masa dalam 1 jam jugak.

KTM Sungai Petani – Padang Besar
RM9.30


Di padang besar, ada dua pilihan untuk anda sampai ke Hat Yai.

  1. Tren RM5  ke Hat Yai Thailand
  2. Van VIP RM20

Kami pilih yang no2. Sebab?

  1. Tren memang murah, tapi kalau anda sampai pukul 8 anda boleh lihat dah ramai beratur untuk naik tren ke Hat Yai. Kaunter buka pada 9 pagi. Berdasarkan pengalaman kawan, dia beratur dari pukul 8 dan dapat naik pukul 11 pagi. Lepas sampai tren hat yai, kita kena naik kenderaan lain utk ke hotel. Jadi total cost akan lebih dari RM5
  2. Van VIP kita boleh terus naik, dia akan bawa sampai ke Hat Yai terus. Van dia ibarat anda naik Vellfire. Macam tu lah selesanya. Lagi best dia terus hantar sampai depan Hotel. Untuk keselesaan dan penjimatan masa, elok naik van ni kalau tak nak letih bila sampai Hat Yai.

Perjalanan ke Hat Yai dari Padang Besar mengambil masa 45 minit.

Van VIP
RM20 seorang

Hat Yai

Kami menginap di Hotel bajet WE Hostel Hat Yai. Bilik dia nice la besar untuk dua orang. Toilet pun bersih. Kalau dekat Agoda ratingnya sangat bagus dan review2 semua okay. Kami tempah dalam matawang Ringgit sebelum ke sana. Satu malam RM80, kongsi dua orang jadi RM40 seorang

RM40
1 malam di WE Hostel

Lokasi hotel ini yang sangat strategik berdekatan Lee Garden. Hotel ini boleh dikatakan bersebelahan dengan Lee Garden Plaza. 7eleven pun beberapa langkah sahaja dari hotel.

Time malam dekat Lee Garden ni sangat meriah macam-macam makanan ada. Mungkin sebab itu orang panggil syurga makanan.

Kami sampai dalam pukul 10 pagi waktu Thailand tapi nak check in bilik kena tunggu pukul 1 petang, jadi kami habiskan masa dengan berjalan sambil lihat-lihat kawasan sekeliling.

Simkad + Internet

Yang paling best di Thailand ialah pakej Internetnya unlimited. Jadi kalau pergi dengan kawan boleh share untuk buat hotspot.

299 Baht 
Bahagi 4 orang  seorang dalam RM10

Makan tengahari – Kai Tod Decha

Perut pun dah lapar sebab tak sempat breakfast, kami berjalan kaki dari hotel tak jauh pun hanya dalam 500-800m dari hotel ke restoran halal Kai Tod Decha. Masakan ala tomyam dan pekerja di sana faham Bahasa Melayu.

Harga makanan taklah mahal sangat lebih kurang di Malaysia. Tomyam dia kaw jugak. Anggaran seorang makan dalam RM10 mengikut apa yang kita order lah.

Makan tengahari ala thai
RM10 

Lepas tu kami berjalan balik ke hotel. Cuaca pun panas, kami lepak dalam bilik dulu sampai pukul 3 petang untuk food hunting yang seterusnya.

Sempat saya snap beberapa gambar ketika berjalan balik ke hotel.

Juai tepi jalan ja boskur… orang kata terbaik taktau la betui ka dak

Makan Petang – Klonghae Seafood Buffet

Dari Hotel, kami book grab melalui smartphone ke Klonghae Seafood Buffet. Dulu pernah viral di media sosial kerana kepelbagaian makanan laut dan udang-udang yang besar, jadi kami selaku food hunter tidak menunggu lama untuk ke sana.

Untuk lihat kepelbagaian lauk yang disediakan boleh tonton video klik sini .

Memang puas hati makan di sini sebab macam-macam menu. Boleh makan lama-lama sampai perut sengkak. Yang mahalnya udang besar-besar lah, kalau beli sendiri mau kena puluh ringgit macam ni.

280 Baht satu kepala
Dalam RM35 seorang

Grab 120 Baht (RM15)

Floating Market

Bagi sata tak ada la special sangat floating market ni. Hanya ada penjual-penjual makanan Thai yang duduk atas sampan. Dekat sini ramai jugak boleh nampak orang Malaysia. Orang Malaysia memang kaki jalan, duit tak ada asal jiwa tak stress… ha ha ha.

Asean Night Market

Maaf bosku bosku sekalian, gambar time malam memang tak cun. Jadi saya ambik satu gambar saja yang menggambarkan suasana di night market ni. Macam Padang Besar jek ni, barang copy berlambak. Sneakers sangat banyak semurah RM10. Tapi saya tak berminat pakai copy, biar murah asal bukan copy.

Selepas cuci mata (tak beli apa pun), balik ke Hotel guna Grab.

Grab 110 Baht (RM13)

Hari kedua

Oleh kerana waktu di Hat Yai satu jam awal, jadi waktu subuh awal tau. Waktu syuruk pukul 6 lebih macam tu. Nasib la saya bangun awal 3 pagi sebab tidur awal kan.

Hari kedua kami tak bercadang nak pi Zoo ataupun tempat gajah dan sebagainya. Cuma pusing-pusing Hat Yai cuci mata.

Kami repeat makan di Kai Tod Decha sebab lapar sangat bosku. Kedai ini bukak awal. Ini kami panggil breakfast lah ko sebab waktu tu pukul 9 ke 10 pagi macam tu.

RM10 seorang
makan

Kemudian member saya yang ada contact tut tut dan sewa sehari. Seorang kena dalam RM10 macam tu untuk pusing Hat Yai sampai puas.

RM10
Tut Tut sehari sewa

Kami ke semua mall dan market yang ada di Hat Yai.

  1. Lee Garden Plaza
  2. Hatyai Plaza
  3. Kim Yong Market
  4. Central Festival Mall

Yang paling besar Central Festival Mall. Dalam tu ada wayang, boleh main ice skating, shooting laser dan macam-macam jugak la.

Total semua bawah RM250.

Petua mudah untuk jimat dalam travel, lebih ramai akan lebih jimat sebab boleh duduk hostel lebih murah. Bandingkan harga grab dan tut tut. Kurangkan shopping (ini dah tentu).

 

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *