Pengalaman di Jogjakarta Indonesia (Bahagian 2)

Terima kasih bagi yang telah membaca pengalaman saya di Jogjakarta pada bahagian 1. Seperti yang saya janjikan, saya akan menyambung pengalaman saya selama tiga hari saya berada di bumi Indonesia.

Selepas sahaja kami melawat di ke Candi Borobudur, dalam perjalanan kami singgah di sebuah Restoran yang eksklusif diberi nama Boyong Resto . Pada luarannya, pasti anda akan check duit di dalam dompet anda terlebih dahulu sebelum masuk. Nampak memang macam mahal kerana di dalam restoran ini terdapat tasik buatan. Siap ada penyanyi lagi akan buat live performance masa kita tengah makan. Tetapi sebenarnya harganya tidaklah semahal mana, ibarat harga nasi di Malaysia lah.

2013-12-23_14-11-22_894

2013-12-23_14-11-36_103

2013-12-23_14-11-53_762

2013-12-23_14-12-28_542 2013-12-23_14-49-26_432

Tidak jauh beza pun makanan di Indonesia dengan Malaysia kerana kita serumpun. Tapi! Saya order Teh Ais dapat Teh Herba… Aroma teh tu sangat lah… HURMMM… tak habis minum air tu. Kalau kat Malaysia restoran seperti ini, saya jamin harga satu minuman paling minimum pun RM5.

Selepas makan, kami terus ke Gunung Merapi. Namun oleh kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan kami tidak dapat menaiki ke puncak kerana kabus tebal. Namun menarik kerana kesan peninggalan gunung berapi yang meletus masih ada sebagai bukti kekuasaan Allah SWT.

Dalam perjalanan pulang ke hotel, kami ada la singgah ke kedai-kedai kraftangan di jalan. Ada beberapa gambar rare saya snap. Rare ke? Hehehe

20131224_102447

20131224_085147

Pada keesokan harinya, kami bangun awal kerana meneruskan perjalanan kami iaitu ke suatu tempat yang happening. Kami ke Pantai Parangtritis. Apa yang menarik pantai ini mempunyai pelbagai lagenda dan mitos bahawa tidak boleh memakai pakaian berwarna hijau jika ke pantai ini kerana menurut cerita terdapat puteri yang menjaga pantai ini dan pemakai pakaian warna hijau akan disampuk. Itu semua kepercayaan orang Indonesia lah, namun jika sudah diberi peringatan jadi kita hormat sebab ini bukan tempat kita. Namun pantai ini agak unik sebab pasir dia berwarna hitam. Waktu saya dan keluarga ke pantai ini, ombaknya sangatlah kuat.

BA3_3973

BA3_3959

BA3_4005

BA3_4007

BA3_3980

BA3_4025

YOLO

BA3_4115 BA3_4117

BA3_4129

Sambung pula dibahagian 3… Kalau letak semua dalam satu page kesian dekat orang yang internet slow pula jadi saya buat banyak bahagian supaya anda dapat baca dengan mudah.

Sekiranya anda berminat untuk beriklan di post ini, sila ke bahagian contact.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

28 Responses

  1. jamian says:

    best juga ye ….ingat nak kesini satu hari nnt…in shaa allah.

  2. titan says:

    fuhh..

    lawa-lawa gambarnya ehh..pandai yang ambil gambar nih.

  3. Bahrain says:

    Gunung merapi tu tak ada apa yg menarik pun tapi kat jogja memang bnyak tempat menarik.

  4. Mummy Dina says:

    1st time tgk pasir pantai warna hitam..

  5. siti hazreen says:

    wah…bestnya, belum pernah lagi sampai ke sini

  6. Pendekar says:

    fuhhhh…pergi Jogja tuuu… aku paling jauh baru sampai sumatera…
    ah sudah lain kali pi Sydney la…Japan ke… dapat gak ngorat awek jepun…kih kih kih…

  7. Affan says:

    Stail. Dulu aku penah g Jakarta dan Bandung. Best gila Lake Toba

  8. jogjakarta belum jejak lagi..tapi jakarta dan bandung dah jejak…

    nampak mcm best ATV tu….

  9. zam says:

    Assalam

    nak tanya masa g jogja ni pakai supir ke? kalau ada no supir yang boleh direkomen boleh share tak? ingat nak ke sana bulan May nanti inshaAllah.

    tq

  10. riza marlini says:

    Assalamualaikum.

    Nak tanya kat sana duduk kat hotel mana ye? kalau ada no. supir minta boleh no. telefon dia?

    Terima kasih.

    • abdullah dohat says:

      Dari cerita Jogja menarik juga. saya nak ke sana pada 4-7 Dis 2015. tolong bagi nama hotel dan No. fon. Nama dan fon super jika ada dan jg tolong listkan tempat2 menarik yg patut dilawatai.

      • Amirul says:

        Saya stay dekat hotel Dafam Fortuna Malioboro. Hotel ni best sebab dekat Malioboro (salah satu tempat wajib lawat) sebab dpt rasa pengalaman kota jogja. Dekat dgn mall. Nombor fon pemandu pelancong tak simpan 🙁

        Tempat menarik yg wajib melawat
        1. Candi Borobudur dan Prambanan
        2. Gunung Merapi
        3. Pantai Parang Tritis
        4. Kraton
        5. Pasar Beringharjo
        6. Istana Ratu Boko
        7. Benteng Vredeburg

  11. Rusmin says:

    Boleh komen lg ke 5.4.2016aya nk ke Jogjakarta 24.4.2016 ni. mesti ke kita kena sewa kereta untuk 3 hari berturut2 disana. Untuk 1 hari boleh tak?

  1. November 23, 2014

    […] Sambung bahagian seterusnya.. BAHAGIAN 2  […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *