Munafik Arahan Syamsul Yusof Bukan Tipikal Filem Seram

filem munafik

Saya jarang sekali menonton filem Melayu, tapi kerana filem Munafik merupakan arahan Syamsul Yusof yang kita pun tahu dah lama dia tak buat cerita baru selepas ‘berhijrah’.

Filem Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia.

Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Selalu kalau tipikal filem seram Melayu pasti banyak hantu muncul. Tapi dalam filem ini tak banyak hantu, tetapi banyak kepada histeria/rasuk dalam filem Munafik ini.

Paling menyeramkan apabila waktu Ustaz Adam(Syamsul Yusof) merawat Maria (Nabila Huda) time kena rasuk. Jika anda mendengar dialog yang dicakap oleh Maria ketika itu dirasuk oleh syaitan, pasti akan timbul sedikit keinsafan pada diri.

Penuh plot twist dalam filem ini. Kita sangka orang lain yang buat, tetapi rupa-rupanya orang yang kita tak sangka-sangka langsung.

Apa yang membuatkan filem ini lebih baik ialah semua pelakonnya menutup aurat. Sapa kata nak berlakon perlu ada adegan pegang2 dan perlu freehair?

Filem ini sangat sesuai ditonton untuk keluarga. Nak lagi best tengok time malam, pasti rasa seram sejuk dalam hall tu. Ada yang sampai tutup mata sebab takut.

tiket munafik

Saya beri 5/5 untuk filem Munafik (2016).

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

1 Response

  1. Suhimi Nain says:

    Tengok ramai-ramai pun rasa seram ke? Hehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *