Mitos Megapixel Kamera

Satu mitos di mana ramai kita mempercayai kamera yang megapixel tinggi pasti kualiti gambarnya cantik.Ia adalah mitos yg berlegar sejak sekian lama, tanpa kita tahu apakah itu mega pixel.

Megapixel adalah resolusi kamera. Contohnya kamera Samsung Galaxy S6 mempunyai resolusi maksimum 16MP, bersamaan dengan 5312 x 2988 = 15872256 pixel. Ia hanya resolusi, tiada kaitan dgn kualiti imej yg dihasilkan. Cumanya, sekiranya resolusi gambar itu besar, ia tidak pecah apabila dibesarkan atau di-zoom. Tetapi untuk tahun 2015, S6 merupakan smartphone yang mempunyai kamera paling cantik. Manakala Oppo atau iPhone hanya berada di belakang.

kamera megapixel

Jadi, apa yg membuatkan kamera itu menghasilkan gambar yang baik?

1. Sensor : bagaimana ia menukar signal dan memproses gambar
2. Aparture (f) : berapa banyak ia mampu menyerap cahaya. Lebih kecil nilai f (f/2.0 misalnya), lebih byk ia menyerap cahaya.

Dan ada beberapa faktor lagi. Bagaimana kamera itu menetapkan imej yg dihasilkan. Contohnya, ada kamera yg memproses utk menjadikan gambar itu lebih natural, ada juga yg menjadikan gambar lebih terang, ada yg menghasilkan gambar yg lebih fokus, tajam, dan sebagainya.

Jadi, mega pixel tiada kaitan dengan teruk atau baiknya gambar. Ada juga smartphone yg mempunyai kamera 20MP, tapi banyak noise. Ada juga smartphone yg mempunyai kamera 4MP sahaja, tapi menghasilkan gambar yg baik.

Sebab itu kebanyakkan smartphone brand dari China gambar tak lah cantik mana walaupun megapixel tinggi, ia hanyalah untuk memancing orang yang suka membandingkan spec tanpa melihat review dari pengguna bagaimana kualiti gambar smartphone tersebut.

Ini serba sedikit sahaja tentang kamera. Saya bukan pakar fotografi. Cuma nak jelaskan, mega pixel hanyalah mitos yang berlegar menyatakan ia menentukan kualiti imej. ?

Kredit : Afiq Subanji

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

2 Responses

  1. Suhimi Nain says:

    baru tahu, perkongsian yang menarik ni. ingatkan sebab kualiti kamera yang tak bagus. rupanya ada spek tertentu yang perlu ditengok. 🙂

  2. Olaoli says:

    oo baru tahu..ingatkan bila lihat mgpixel besar maka itulah terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *