Manfaatkan Ramadhan Bagi Individu Yang Sibuk

Manfaatkan Ramadhan – Mungkin tidak sukar bagi kita untuk meninggalkan amalan fardhu iaitu berpuasa di bulan Ramadhan dan solat lima waktu. Akan tetapi, adakah kita manfaatkan sepenuhnya bulan yang penuh rahmat ini?

Seperti yang kita sedia maklum, bulan Ramadhan ini amalan kita dilipat-gandakan pahala, bermakna berbuat baik walaupon sedikit tetapi kita akan mendapatkan ganjaran yang berganda. Tetapi rugilah kalau sekadar melakukan amalan yang wajib sahaja. Bila kita nak buat amalan lain, kita pulak sibuk berkerja. Jadi bagaimana?

Malam yang panjang

Biasalah kita berkerja dari pagi hingga petang. Mungkin ada jugak yang masuk pagi tapi malamnya baru balik. Untuk orang yang workaholic, boleh saja kalau nak memanfaatkan waktu malamnya. Mungkin kita letih berkerja, lepas berbuka terus “boom” atas katil. Biasa lah tu, saya juga pernah masuk kerja pagi balik malam, nasib baik tempat kerja ada air-cond. Tak salah kalau kita paksa diri nak bertarawih di malam hari. Lagi baik kalau kita ringankan kaki nak ke masjid.

Dulu saya lepas isya’ terus tidur, tapi mak selalu ajak saya pergi masjid untuk bertarawih. Tapi mak pon faham kita kerja siang malam mesti letih, jadi buat tarawih 8 rakaat ja. Balik ja ke rumah terus mak bancuh air teh. Pergh baru bersemangat nak menghadapi hari esok pulak. Isteri2 di rumah pun, kalau suami pergi ke masjid untuk bertarawih, nanti sediakanlah minuman menanti kepulangannya. Mesti mereka pon akan lebih bersemangat.

Kalau yang tak sempat nak ke masjid tu takda masalah, bertarawih kat rumah pun boleh, ajak seisi rumah. Buat 8 rakaat pun dah memadai. Petang cari dunia, malam kejar akhirat. Pukul 9.00 p.m. mula, 9.45 p.m. sudah selesai. Tak lama pun, sekejap saja.

Belanja juadah berbuka

Untuk yang habis kerja awal, atau pun sempat pergi ke bazaar ramadhan ketika berkerja, eloklah kita belanja rakan sekerja atau jiran rumah. Kalau nak belanja rakan kerja mungkin sesuai belanja hidangan utama seperti nasi. Biasanya bila balik kerja dah malas nak masak, mungkin juga tak sempat, tambah-tambah lagi untuk yang bujang. Memang beli lauk lerrrr.

Kalau nak belanja jiran pulak, kita bolehlah belanja hidangan sampingan seperti kuih-muih. Murtabak dan roti john pon popular bulan puasa ni, dapat pulak yang jenis buat sos roti john sampai meleleh-leleh tu hmmm. Juadah sampingan sesuai untuk kita sedekahkan kepada jiran yang berkeluarga kerana mungkin isteri atau keluarganya sudah masak di rumah.

Alah, tak rugi pon kita habis duit sikit buat kebaikan bulan puasa ni. Tambahan pula, orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka ni tinggi ganjarannya. Mungkin tiba masa nanti orang pulak belanja kita makanan sedap2.

Cuba untuk pergi ke masjid

Lelaki tu biasalah dengan masjid, Cuma yang jarang kita nampak ni perempuan. Kadang-kadang masa saya nak ke masjid untuk solat jumaat, saya perasan ada isteri dan anak-anak dalam kereta menunggu suami atau ayah mereka. Haaaa!! Kali ni boleh la join sekaki, bila lagi boleh join. Petang kita masak untuk keluarga, malam pergi masjid.

Alang-alang dah ke masjid hulur la sikit kat tabung masjid tu. Biru sekeping pun tak apa, takda masalah. Ada rezeki lebih boleh masukkan hijau atau merah. Ini semua saham akhirat, boleh bantu kita jugak nanti.

Begitulah cadangan saya untuk individu yang sibuk manfaatkan Ramadhan nya. Mungkin kita tak boleh buat banyak, buat sikit pun jadilah. Janganlah bulan puasa ni kita buat macam bulan-bulan biasa, sangat merugikan.

Jangan risau kalau tak biasa, mungkin orang tengok kita pelik. Abaikan orang lain, yang penting kita buat sesuatu yang berfaedah walaupun benda yang simple.

Tiada seorang pun sempurna, kita semua boleh memperbaiki diri masing-masing dan menegur orang lain. Dalam perkara ini, kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki diri.

Bulan Ramadhan semua syaitan dirantai, jadi kalau diri masih sama… maksudnya siapa setan? Hehe sekadar renungan untuk kita semua.

Sumber gambar : The Sun

13 comments

  1. titan
    Jun 10, 2017
    Ya. Huluq la sikit apa yang patut tuh.
    • Amirul
      Jul 9, 2017
      Betul, berkongsi rezeki. InsyaAllah kita pun dimurahkan rezeki
  2. mrhanafi
    Jun 10, 2017
    bulan ramadan adalah madrasah untuk kita latih diri supaya sentiasa sungguh-sungguh beribadah... habis ramadan maka kekalkan .. in shaa Allah semuanya ok
    • Amirul
      Jul 14, 2017
      InsyaAllah. Sama-sama memperbaiki diri
  3. akubiomed
    Jun 11, 2017
    Bila bulan puasa biasanya akan kurang aktiviti luar termasuk menolak pergi Iftar diluar. :)
  4. RAIHANAH AHMAD
    Jun 11, 2017
    alhamdulillah memang banyak masa di rumah je
  5. Mus
    Jun 12, 2017
    nafsu membuak bila ke bazaar ramadhan... semua nampak sedap
    • Amirul
      Jul 9, 2017
      haha itulah saat kita diuji sebenarnya.
  6. Uncle Zuan
    Jun 12, 2017
    bulan ramadhan bulan penuh rahmat. tinggal 2 minggu je lagi nak menikmati bulan ramadhan ini
  7. lokman
    Jun 14, 2017
    bulan perbanyakkan ibadat
    • Amirul
      Jun 20, 2017
      Betul tu bro
  8. zik
    Jun 18, 2017
    memang ada sibuk sikit.. tapi cuba sebaik mungkin cari usaha lain untuk dapatkan pahala sebanyak mungkin
    • Amirul
      Jun 20, 2017
      Kena pandai bahagikan masa
Amirul