Khabar Angin

Di akhir zaman ini, pelbagai fitnah dan khabar angin untuk menjatuhkan seseorang atau sesuatu kumpulan semakin menjadi-jadi. Mereka tidak lagi menggunakan media seperti televisyen, akhbar dan media cetak tetapi mereka menggunakan media baru iaitu Internet.

Internet boleh menjadi senjata atau racun. Itu adalah fakta tentang internet. Saya juga membesar dengan Internet sejak kecil lagi. Pada umur 8 tahun saya sudah pandai melayari Internet dan bersosial di Friendster yang popular pada zaman itu. Mungkin budak seumur dengan saya pada masa itu bermain bola sepak, galah panjang atau congkak, tetapi kerana keluarga saya yang mementingkan teknologi saya juga terikut-ikut seperti bapa dan abang saya yang cekap menggunakan teknologi.

Jika anda sudah lama mengenali Internet, anda pasti sudah masak dengan keadaannya. Ia tidak seperti dunia sebenar, ia diisi dengan sedikit fakta dan berjuta penipuan. Penipuan yang dirancang oleh orang yang mempunyai agendnya tersendiri.

Yang kita takutkan ialah kesan kepada anak muda kita apabila menggunakan medium Internet ini. Bagi yang dapat berfikir rasional Internet mungkin menjadi sesuatu yang berguna untuk mereka, tetapi bagi orang yang tidak mampu membezakan antara hak dan batil. Ini yang merisaukan! Mereka anggap apa yang mereka lihat dan baca di Internet itu sama seperti televisyen. Apa yang membezakan antara televisyen dan Internet ialah berita atau sesuatu cerita yang ditayangkan di televisyen itu ditapis manakala di Internet tiada tapisan. Mereka sangka semuanya di Internet itu 100% adalah fakta.

Mereka mendapat sesuatu info di Internet, tapi mereka tidak berfikir dan lantas menerimanya bulat-bulat. Berbeza dengan golongan cerdik pandai yang tidak mudah percaya tipu helah yang dicipta oleh sekumpulan yang ingin menjatuhkan mentaliti manusia di tahap paling rendah.

mr bean

Baru – baru ini saja khabar angin tentang Mr Bean atau nama sebenarnya Rowan Atkinson telah menganut agama Islam tersebar di Twitter dan Facebook. Apa yang kita lihat ialah anak muda kita secara tidak langsung telah menerima berita itu bulat-bulat.

But the fact is, itu hanya khabar angin. Lagipun media cetak yang mengeluarkan berita tersebut dengan tajuk “Mr Bean Masuk Islam?”. Jika anda seorang yang peka, anda akan nampak tanda soal di tajuk itu, tetapi bagi orang yang tidak berfikir, mereka akan abaikan tanda soal di tajuk itu.

Dan apa yang menarik lagi ialah berita itu dicipta oleh sebuah laman web Israel dan baru-baru ini.

Berita palsu Mr Bean masuk islam hanya khabar angin. Pada mulanya khabar Rowan Atkinson masuk muslim disebarkan oleh laman portal www.israellycool.com tanpa bukti yang kukuh. Berita ini tersebar dengan meluas hingga mendapat perhatian dunia islam. Untuk membetulkan keadaan, portal israellycool telah menghubungi ejen terdekat Rowan Atkinson bernama Lucy dan ternyata beliau masih belum memeluk islam. Pada masa yang sama, tiada berita sahih daripada portal rasmi media barat. Untuk info, Mr Bean juga pernah dikhabarkan meninggal dunia sebelum ini dan ianya juga adalah khabar angin.

Portal tersebut juga ada mengirim emel kepada Lucy dan ternyata Mr Bean masih belum tukar agama kepada islam.

mr-bean-masuk-islam

Lihatlah berapa ramai yang tertipu dengan khabar angin di Internet? Sebelum menerima sesuatu berita, kaji dan berfikirlah secara rasional supaya kita tidak mudah tertipu lagi. Sekian.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *