Kenapa Melayu Perlu Kaya

Apabila melibatkan “Melayu”, sudah pasti akan ada isu walau apapun topiknya. Namun saya ingin beri sebab mengapa Melayu perlu berusaha untuk menjadi kaya dari sekarang. Kita perlu ubah mentaliti kita.

Mungkin ada yang kata “kaya tak bawa mati” atau “orang kaya paling lambat dihisab”. Ya itu memang betul. Tapi bila kita tengok sekeliling. Berapa ramai struggle hidup sebab tiada duit? Berapa ramai yang bercerai-berai sebabkan duit?

Lack of money is the root of evil

Pelakuan jenayah di kebanyakan bandar-bandar di Malaysia sebahagiannya berpunca dari kemiskinan. Kemiskinan akan membuatkan seseorang itu berada dalam keadaan terdesak untuk mencuri, meragut dan merompak.

Hidup di bandar memang makan duit. Sekali makan dan minum sudah boleh mencecah RM6- 10. Itu baru makan tengahari, bagaimana pula dengan makan pagi dan malam? Itu belum dikira dengan perbelanjaan anda untuk ke tempat kerja mahupun ke tempat pengajian.

Nak tak nak, kita terpaksa meminjam duit dengan bank. Bagi pelajar, baru digelar mahasiswa sudah menanggung hutang berbelas ribu sedangkan anda tidak tentu lagi mempunyai pekerjaan. Lagi parah jika wang yang mereka dapat dengan berhutang itu digunakan untuk jolly jolly shandy. Maksud saya digunakan untuk perkara yang tidak berfaedah yang sepatutnya digunakan untuk pelajaran.

Dari sini bermula segala jenayah yang kita dapat lihat di sekeliling kita. Kes ragut, pecah cermin kereta, curi motor dan sebagainya. Jika tiada kemiskinan, pasti perkara seperti ini dapat dikurangkan.

Bayangkan jika ramai orang Melayu yang kaya raya, pasti kita dapat sedikit sebanyak tingkatkan ekonomi orang kita. Sebenarnya ramai juga Melayu yang kaya, cuma mungkin mereka belum terbuka hati untuk membantu orang lain.

Nak bantu orang lain tak perlu tunggu sampai kita jadi jutawan pun. Senyum pun satu sedekah. Time makan dengan kawan-kawan, apa salahnya keluar sikit duit belanja kawan. Pergi masjid, sumbanglah sikit dalam tabung tu.

Percayalah dengan sedekah, kita takkan rugi malah bertambah lagi rezeki kita. Tapi orang kita harini, nak bagi kucing jalan makanan pun kedekut.¬†Kita lihat orang minta derma, kita terus kata “ni mesti sindikit ni” sebab tak nak keluar duit.

Itu semua ujian untuk kita sebenarnya. Dan kita masih lagi tertanya “bila aku nak kaya ntah”.

Banyakkan memberi dahulu.

Kebanyakkan orang berjaya yang saya jumpa, kebanyakkan ialah orang yang rajin bersedekah. Sama ada secara terbuka ataupun tertutup. Itulah rahsia kejayaan mereka. Usaha pun kena juga.

Viral Orang Muda Bersama BMW

Tahun 2017 merupakan tahun kebangkitan anak muda. Kalau kita tengok di Instagram mahupun Facebook, sudah ramai anak muda kita yang memulakan langkah untuk berniaga.

Malah ada yang sudah memiliki kereta mewah seawal usia 20 tahun. Tapi itu hanyalah kereta, bukanlah pengukur kejayaan. Tapi sedikit sebanyak, telah membuat ramai anak muda untuk mencari duit sendiri secara part time.

Tapi bagi saya, jika anda berbisnes sebab nak ada kereta mewah, nak show off depan orang… agak susah untuk berjaya. Rata-rata yang saya jumpa, mereka tak target untuk menjadi kaya sebab nak kereta mewah, nak beli barang branded tapi mereka nak keluar dari kemiskinan dan tak mahu menyusahkan orang lain.

So betulkan niat dulu.

Bagaimana nak mula bisnes?

Ini soalan paling cliche sekali la.

Pertama – Ada minat, ada impian dan cita-cita

Kedua – Ada ilmu

Ketiga – Kenali pasaran

 

Mengapa perlu ada minat?

Sebab kalau anda gagal, anda akan buat sampai jadi. Walaupun belum dapat untung sesen.

 

Cabang bisnes ni sebenarnya besar. Rata-rata orang kita banyak nampak online bisnes. Ada yang ke kelas dan seminar berhabis sampai beribu sebab tiada basic dalam online bisnes.

 

Bagi saya, untuk permulaan anda hanya perlu buat apa yang anda pakar. Mula kecik-kecik dahulu dengan modal paling minimum. Ambik masa dulu urus kewangan. Pastikan bisnes anda buat tu untung. Untung tu pulak jangan guna untuk beli barang, tapi simpan.

Dari situ slow-slow rolling money. Sampai bisnes betul-betul stabil. Boleh start labur duit pada bisnes kedua pula.

Kalau anda tanya jutawan pun, mereka takkan bagitahu bisnes apa anda patut buat. Itu anda sendiri kena fikir sendiri sebab tak semua bisnes sesuai untuk kita. Ada yang buat macam-macam bisnes, sampai bisnes ke 10 baru menjadi.

Ini berkaitan usaha dan rezeki. Anda tak perlu nak SPM 10A ataupun kena ada degree untuk berjaya dalam bisnes. Bisnes ni berkaitan sapa pandai cari peluang dan usaha sampai ianya menjadi.

Yang paling penting bisnes yang anda buat tu patuh syariah. Maksudnya bisnes anda tidak menipu orang ataupun menyusahkan orang lain. Kurangkan dengki dan hiduplah dengan positif. Jangan cari masalah dengan orang lain.

Konklusinya, hidup ada duit tak menyusahkan orang. Tak ada nak pinjam-pinjam duit kawan. Lepastu tak bayar, putus kawan. Saya sendiri alami, hutang yang belum dibayar beribu tapi segan pula nak minta walaupun di Instagram joli sakan ye. Apapun, good luck whatever you doing sama ada makan gaji ke bisnes ke kita semua sama. Hormati kerjaya orang lain, dan anda akan disayangi.

 

 

 

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

29 Responses

  1. Elih Japahar says:

    Betul juga..tp tip paling mudah, berkawanlah dgn mereka yg ada matlamat hidup dan rajin cari rezeki demi sesuap nasi..tak bnyak duit tak apa, janji tak menyusakan orang lain..

    • Amirul says:

      Pengaruh dari orang sekeliling juga mempengaruhi minda dan impian kita… cara kita berfikir. Berkawan dengan orang yang ada matlamat, kita sedikit sebanyak akan follow dan usaha untuk berjaya macam dia

  2. Fahmi Ishak says:

    Nak buat bisnes ni better ada mentor, kalau tak bersungguh kita usaha rupanya apa yang kita buat tu salah caranya

  3. wah !! well said dik.. kakak pun dalam circle yang ada bisnes tapi blogging lagik best.. hahaha~ boleh gitu kan ?

  4. Kamil Salleh says:

    Nak berjaya kena berkawan dengan orang yang telah berjaya dalam hidup mereka.

    Saya setuju, Melayu Perlu Kaya.

  5. Mama pipie says:

    Bagus remaja sekarang ramai yg Ada wawasan Dan mereka lebih cenderung bekerja sendiri

  6. zik says:

    kalau boleh beli asset… untuk long term punya.. yang muda lagi tuh lagi bagus.. yang kita nih dah lewat2… baru nak nak terkial2… herggh pening arrhh

  7. Ikhwan says:

    Kekayaan tak boleh bawa mati, tapi boleh diwariskan kepada famili.

  8. Datin Tyka says:

    saya tak nak la business.

    cari je datuk kaya.

    haha

  9. Yup ! setuju sangat part mulakan bisnes untuk mewarisi kekayaan kepada anak cucu cicit..

  10. Setuju dengan entri tuan Amirul. Perlu ada minat, ilmu dan kenali pasaran. Paling penting rezeki Allah tiada batas kepada sesiapa jua samada Islam atau bukan Islam kerana di situ lah rahsia kehebatan ‘ar-Rahim’ setelah kita mengenali ‘ar-Rahman’. Berusaha lah untuk menambah rezeki.

  11. betul tu bro.. byk bersedekat jika mau kaya…
    kalau sedekah pada ibu bapa dan saudara mara. lagi double triple impact nyeee…

  12. mrhanafi says:

    Melayu wajib kaya..sebab nak bayar Zakat..

    lagi ramai lagi bagus nak menjadi penyumbang zakat

  13. HUSNA RAHMAN says:

    well said and in my honest opinion pun, we as muslim WAJIB kaya.. wajib ok!

  14. Wan Syahida says:

    Betul. Generasi Y sekarang memang rata-rata tengah buat part-time income. Usaha keluar dari masalah kemiskinan. Sebab single income je memang takkan cukup…

    • Amirul says:

      Terpulang kepada individu tu. Kalau pandai kawal nafsu, single income cukup. Tapi kalau rasa tak mampu, cari lah alternatif lain dengan buat part time atau invest on something

  15. nikkhazami says:

    setuju! rezeki tidak mengenal berapa jumlah A dlm spm.

  16. titan says:

    kalau kaya, itu lebih bagus.

    kalau tak kaya, tak apa.

    Sebab yang masuk syurga, ada orang kaya dan orang tak kaya.

    Chance setiap orang adalah sama.

  17. Naimah Wahab says:

    Orang yang betul2 kaya ni selalunya steady n cool jer. Malah gaya pun bersahaja.

    Yang acah-acah kaya lah selalunya terpaksa show off keyaaan sebab nak orang nampak mereka kaya.

    Sangat respect si kaya yang tawadduk.

  18. Syakilla says:

    Bisnes, anda berani amik risiko, high risk job confirm pulangan nye berbaloi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *