Kelemahan Restoran Melayu

Kelemahan Restoran di Melayu | Pernah tak anda kecewa dengan Restoran Melayu yang anda kunjungi? Dengan makanannya yang tak sedap, dengan pekerjanya yang tak reti nak senyum, dengan suasana macam dekat pasar.

Dec 08 - Nacho chips with shrimps

Sejujurnya, saya amat kesal dengan kedai makan Melayu yang macam ni. Kita sebagai orang Islam sememangnya ingin menyokong perusahaan orang Islam, namun kalau begini la servisnya macam mana la orang nak support.

Walaupun rakyat Malaysia banyak tak reti memasak, tapi bukan bermakna rakyat Malaysia tak pandai jadi juri Masterchef 😛 .

Kelemahan Restoran di Melayu

  1. Makanan tak sedap, tapi restoran bukan main dengan poster Jet Li, beca lama dan vintagenya.
  2. Tak konsisten, esok tak sedap ikut dia punya mood masa masak. Ada hari dia letak sayur dalam nasi goreng, ada hari dia tak letak.
  3. Tak reti layan pelanggan tetap, lebih layankan pelanggan baru yang datang ke restoran dia berbanding yang membeli bungkus.
  4. Air minuman kadang2 dalam tu ada semut, serangga.
  5. Makanan dah sedap harga dah berpatutan cuma kebersihan restoran tak terjaga.
  6. Lampu di restoran malap… orang yang couple2 dan muda mudi mungkin suka tapi bagi yang berkeluarga bukan suka restoran yang lampunya malap.
  7. Menu tak disediakan, lepas tu bila pelanggan tanya “apa yang best dan istimewa kat sini?”. Dia boleh jawab “semua istimewa, hehe”. Kalau macam ni la caranya, pelanggan pun tak dapat nak tahu masakan apa yang sedap di kedai anda.
  8. Servis hampeh, tunggu seminit air sampai… makanan lagi 15 minit baru sampai.
  9. Bila ambik order tak dengar betul-betul apa pelanggan order, lepas tu nanti ada la problem makanan tak sampai la silap air la dan macam-macam.

Tak pelik jika ramai yang memilih Nasi Kandar dan Mamak kerana  layanannya pantas, pelbagai pilihan menu, suasana restoran yang ceria. Bab harga tiada masalah rasanya sebab rakyat Malaysia ni kaya-kaya semuanya asalkan makanan tu sedap dan unik. Tak percaya cuba pi tengok Kenny Rogers, Seoul Garden dan Starbucks. Walaupun harga berapa kali ganda penuh je orang dalam tu.

Harga sememangnya tak jadi masalah. Banyak restoran Melayu yang berjaya walaupun harganya mahal tetapi kerana kesedapan masakkanya dan suasana di restoran yang superb membolehkan mereka terus hidup malah cawangan semakin bertambah dari hari ke hari.

Kalau restoran anda power, parking kecik pun tak apa kerana pelanggan sanggup cari parking jauh untuk makan di restoran yang dia rasa terbaik.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

26 Responses

  1. profhariz says:

    Bagi aku dua je. Kebersihan dan Service !

  2. saimi says:

    Item no 3 tu aku paling tak suka. iaitu terpaksa tunggu lama kalau nak tapau jer.

  3. akubiomed says:

    Tidak dinafikan perkara seperti yang dinyatakan ada berlaku. Harap pengusaha makanan yang dimaksudkan boleh perbaiki.

  4. Anuar says:

    Ada kebenarannya apa yang bro perkatakan…. Sebab itu banyak restoran melayu yang tak dapat bertahan lama… huhuhu

  5. Ahmad Ijat says:

    Layanan mesra, makanan kurang sedap jadi sedap.
    Layanan hampeh, makanan sedap jadi tak sedap. 🙂

  6. reezluv says:

    ya betul..tak ramai yang mampu kekalkan servis yang bagus sebenarnya….tapi kalau dari awal tak bagus..susah la nak naik..:D

  7. Hakim Mahmud says:

    aku suka dengan gaya penulisan ko kodet..

  8. myrujukan says:

    bab lampu malap tu memang serius aku x suka,

  9. Denaihati says:

    banyak betulnya ni, walaupun bukan semua. servis tak baik rosakan perniagaan, pelanggan lari atau datang sekali je, memang beri kesan besar pada bisnis.

  10. shahfir says:

    kalau layanan macam hampeh..itu jela sekali datang…

  11. Lagi satu tabiat kedai makan Melayu ni, time baru nak up, dia punya servis dan masakan memang tip-top. Bila dah maju, mula buat problem.

    Rasanya, restoran Melayu ni dia punya management tu bermasalah sikit.

  12. Hairul Azni says:

    Setuju sangat dengan komen Anak Askar Pencen…biasanya masa awal2 buka servis bukan main ceria..tapi bila dah maju sikit,pelanggan pun dah ramai, lain pulak jadinya..pekerja2 pun jenis payah nak senyum..buat kerja pun lebih kurang je..
    Bagi aku, kalau nak makan di sesebuah kedai, 4 faktor ni mesti ada.. sedap, harga berpatutan, bersih dan layanan yang mesra..
    Baru la pelanggan akan datang berkunjung lagi..

  13. titan says:

    itulah..bila dah tegur..marah-marah la plakk..

  14. zool says:

    servis selalu lemah..
    lambat satu hal.. muka pelayan pun masam je..
    cuba buat macam KFC ke.. sedap sikit tgk

  15. Ammar says:

    Kelemahan-kelemahan ni lah yang menyebabkan ramai orang tak suka pergi. Contoh terdekat mamak. Walaupun mahal tapi ramai jugak orang pergi. Sebab servis dia tip top. Kan?

  16. W.R says:

    soal kebersihan perlu diutamakan, aku kalu kedaikotor memang aku blah jer.. bahya utk anak-anak danperut aku.. bab servis dan lain boleh berkira-kira lagi

  17. Bahrain says:

    saya suka yang no 2.. Restoran Melayu kena pandai jaga hati customer dengan makanan sedap dan servis yang pantas.

  18. Kamil Salleh says:

    Gua suka pada servis yang cepat dan masakan yang sedao, bila makan lain kali rasa nak mari makan pula kat restoran mereka.

  19. Zufar says:

    pernah pergi satu kedai melayu..punyalah berlagak dan samseng..bila di tanya knp order lambat…slumber jer dia jwb dengan nada yg keras dan sombong..klo lama sangat boleh g kfc…mmg tak patut sikap peniaga cam ni…

  20. muja says:

    kalau sedap, berpatutan, bersih, yang tak berapa nak lapar pun boleh berselera,, restoran melayu kena upgrade sikit,,

  21. Razlan says:

    Lain dr restoran mamak,sentiasa kemas. Walaupun tak reti cakap melayu,servis tip top.

  22. kalau saya, saya akan cuba beli nasi goreng biasa dengan air suam dulu. Kalau nasi goreng biasa dia sedap dan berbaloi memang akan datang lagi dan order makanan yang lebih mahal. Kalau nasi goreng biasa tawar dan mahal memang takkan pergi lagi la

  23. Salam.
    Bagi saya repeat sale tu penting. Kalau kita datang sekali dan dapat layanan macam tu, memang itulah yang pertama dan terkahir. Hehe

  24. Ezad Skytech says:

    masakan tak konsisten…kejap sedap…kejap tak sedap…adehhh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *