Jika aku Seorang Ninja

Kan best kalau aku jadi Ninja macam dalam Naruto. Boleh gunakan kunai, pedang, katana dan ninjutsu untuk tewaskan musuh. Tak payah naik kapal sebab boleh timbul atas air. Tak perlu kontraktor untuk bina rumah dan bangunan jika ada jutsu berunsur kayu seperti Kapten Yamato.

Jika aku seorang Ninja dalam anime Naruto, aku nak belajar beberapa jutsu yang bagi aku ia boleh menewaskan musuh dengan mudah dan mempertahankan diri dari diserang musuh.

Teknik Pilihan

Space–Time Ninjutsu

Flying_Thunder_God_Technique

Space time ninjutsu digunakan oleh 3 watak dalam Naruto iaitu Minato Namikaze (4th Hokage), Uchiha Obito dan  Tobirama Senju (2nd Hokage). Jutsu yang digunakan oleh Minato dan Tobirama berbeza dengan Uchiha Obito. Bezanya teknik yang digunakan Hokage kedua dan keempat ialah dapat teleport/warp ke sesuatu tempat dengan pantas seperti kilat manakala Obito dapat mengalihkan sebahagian badannya ke dimensi lain.

Kalau aku ada teknik ni, mudah nak pergi mana-mana. Contohnya kalau aku gantung kunai atau seal jutsu di Venice dan di rumah aku, kurang dari 1 saat aku dapat teleport dari rumah ke Venice. Dengan cara ini, aku boleh berjimat tak payah nak memandu kereta dan tersekat dalam traffic jam.

Chidori

chidori spear

Chidori asalnya digunakan oleh Kakashi. Sasuke telah diajar oleh Kakashi untuk menggunakan Chidori dan teknik ini dipelbagai bentukkan oleh Sasuke dari masa ke semasa. Bagi aku, Chidori lagi best dari Rasengan kerana Chidori boleh dipelbagai gunakan untuk mengalirkan elektrik ke pedang dan menambah lagi ketajaman pedang serta boleh menikam musuh dari jauh menggunakan Chidori.

Jika di dalam dunia sebenar, Chidori boleh digunakan sebagai sumber elektrik dan mempertahankan diri.

Teknik – teknik lain

  • Wood Release Technique ( Digunakan oleh Yamato dan Hashirama Senju )
  • Water Release Technique ( Digunakan oleh Tobirama Senju )
  • Magekyo Sharingan + Amaterasu + Susano ( Digunakan oleh Uchiha Itachi dan Sasuke )
  • Byakugan ( Digunakan oleh puak Hyuga )

 

Bukankah lebih mudah sekiranya manusia mempunyai kuasa seperti dalam Naruto, tapi yang pasti ia akan menggalakan peperangan dan pembunuhan. Yang kuat menindas yang lemah, yang lemah terpaksa menjadi hamba kepada yang kuat. Lihat saja hari ini, walaupun manusia tiada kuasa luar biasa, namun dengan alat canggih dan teknologi juga manusia masih mahu berperang dan bermusuhan.

Entri ini sekadar suka- suka, janganlah serius sangat okay?

 

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

8 Responses

  1. Pendekar says:

    budak-budak dengan anime memang tak dapat dipisahkan… haha..

  2. walaupun ia tak serius tapi penuh simbolik..

  3. titan says:

    kakashi tetap watak dalam naruto yang gua suka selepas naruto.

    ciri-ciri kakashi..dekat dengan diri gua. Yehh!

    haha..

  4. Malizal says:

    Naruto tetap di hati..hehe

  5. Irfansyah says:

    Cara jadi banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *