Jutawan Tanpa Modal

Ramai orang sangka bahawa perniagaan perlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu jadi jutawan tanpa modal. Percaya? Baca dahulu artikel ini sehingga habis, pastikan jangan skip mana-mana perenggan

Kedaifan hidup menjadi penghalang sesetengah orang untuk menceburi dalam bidang perniagaan kerana tiada modal untuk memulakan perniagaan. Namun anda jangan risau kerana saya bakal membongkar rahsia jadi jutawan tanpa keluarkan modal.

Jutawan tanpa modal

Gambar Kredit kepada http://earncent.com

Perniagaan Tanpa Modal

Ini tips saya dapat dari Sifu Baju Kemeja di Facebook.

1) Online – Pilihan pertama untuk berni

aga , anda boleh mulakan meniaga online, cari ilmu dan belajar bagaimana menjana wang di dunia siber. Kenapa ?

✔Kos bermula yg murah, cukup bayar internet bulan-bulan, atau gunakan wifi percuma di McD atau mamak. Jangan dicuri ,hack wifi pula, nanti tak berkat.

✔Bermula dengan dropship, tak perlukan kos apa-apa, cukup kos iklan dan pemasaran sahaja. Pos barang dan pengurusan order dan produk semua diurus pemilik produk.

✔Networking’ yg tinggi, di internet ramai lagi usahawan-usahawan yg mantap dan cekal, boleh berkawan dan memiliki sahabat-sahabat yg positif dalam kehidupan.

2) Offline, kiosk – Bila dah menyimpan duit , dapat pulangan yg menggembirakan apabila sudah fokus berniaga di online, mulakan pula mencari tempat untuk menyewa , buat jualan secara offline. Kenapa ?

✔ Tak semua suka beli online, ada yg takut ditipu dan sebagainya

✔ Belajar bagaimana berniaga sebenarnya, bagaimana melayan dan menjaga
seorang pelanggan, tak sama seperti menjaga seorang pelanggan di internet

✔ Orang ramai lebih kenal dan tahu produk anda kerana sudah nampak dan merasa sendiri kehebatan produk

3) Pelaburan- Duit semakin banyak, tak tahu nk buat apa, laburkan sedikit untuk pendapatan yg tak perlu kita usaha buat,contohnya boleh simpan duit kita di ASB, di Tabung Haji, setiap tahun boleh dapat dividen dan bonus, jangan keluarkan duit ini sedikit pun .

Biarkan ia berkembang dan terus beranak, lagi muda kita menyimpan, umur 40 tahun sudah boleh merasa wang ratusan atau juta ringgit.

4) Aset Hartanah – Bila duit banyak, beli aset, tanah, rumah dan bangunan, pasaran hartanah yg semakin meningkat tak pernah turun. Boleh buat sewa dan jual balik bila harga meningkat.

Namun, walau apapun cara kita, jangan kita lupa doa dan keberkatan dalam perniagaan kita, insyaAllah kita semua boleh berjaya. Yang penting kita sudah bermula atau tengok sahaja ?

Ditulis oleh Baju Kemeja di Facebook beliau.

Jutawan Tanpa Modal

Dropship ini seperti Sifu Baju Kemeja beritahu, ia sebuah sistem di mana kita tidak perlukan modal, tiada perlu menyimpan stok malah segala urusan pos diuruskan oleh pengedar. Anda hanya perlu memasarkan produk tersebut, dan anda akan mendapat untung beberapa percent dari harga barang. Semuanya dilakukan di hujung jari anda.

Boleh saya tahu siapa pengedar Dropship?

Banyak sebenarnya Dropship dalam Malaysia, namun ada yang mengenakan yuran untuk masuk dalam dropship mereka. Tetapi yang percuma seperti Dropship.im, Ashadee, Yosh, E-Borong, Usahawan Dropship.

Anda boleh cuba search nama-nama itu di Google atau cuba cari dropship di Facebook. Saya pasti banyak dropship yang berada di Facebook seperti closed group. Bagi saya, dropship ni membantu rakyat Malaysia mendapat side income. Satu usaha yang bagus untuk membantu bangsa kita.

 Dropship sebagai passive income

Dropship ni sambil kerja pun boleh buat, cuma perlu ada online banking saja. Untuk cari pelanggan, perlu la kerja keras sikit. Tapi kebanyakkan orang hanya buat dropship ini sebagai passive income dan bukan income utama. Mungkin kerana produk dropship bukan barang longterm tapi cuma hangat pada sesuatu masa.

Dah ramai yang berjaya memperoleh beribu-ribu ringgit dari Dropship ini. Jangan terkejut jika saya kata ada yang telah membeli kereta Range Rover selepas untung berlipat ganda dari dropship. Yang paling penting usaha dan lakukan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Mana Nak dapat Ilmu Dropship dan Affliate?

Ini terpulang pada anda… sama ada anda nak menjual sesuatu dengan Ilmu atau TANPA Ilmu. Adakah anda rasa orang yang berjaya dalam perniagaan Internet ini untung berlipat ganda tanpa Ilmu? Kebanyakkan mereka sebelum memulakan perniagaan Internet akan mencari dulu ilmu dengan yang pakar. Tapi apa yang anda perlu tahu ILMU bukanlah sesuatu yang anda perlu berkira untuk mendapatkannya.

Saya cadangkan anda membeli

1. Buat Duit dengan Affiliate – Kitab Teknik SEO Merah Jambu

2. Job Di Rumah (Buat duit dengan hanya duduk di rumah)

3. Make RM1,000 Part Time From Home!

Ilmu pada zaman sekarang ialah KUNCI. Dengan ilmu, semua kebuntuan anda akan terjawab.

Semoga anda berjaya menjadi Jutawan.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

16 Responses

  1. titan says:

    tanpa modal. itu mengarut.

    apa-apa benda pun..mesti ada “modal”.

  2. Arman says:

    Dropship pun perlu modal, cuma dengan cara ini kita tidak simpan stok yang melambak serta tidak melakukan kerja2 yg dianggap remeh tapi penting. Dengan dropship tugas kita mudah, sebagai org tengah dan promosi sahaja. Cara dropship ini sangat sesuai untuk kita test market, apa produk yang laris dipasaran. dan satu lagi ia dapat meminumkan kerugian yang kita tanggung.

  3. brohantu says:

    Modal sebenarnya tidak tertakluk hanya pada wang ringgit sahaja.Ilmu, masa pun modal juga…

    • Amirul says:

      Setuju dengan bro, ilmu dan masa itu juga modal. Dalam penulisan saya ini, modal hanya tertakhluk kepada wang ringgit.

  4. Hero Borneo says:

    suka dengan artikel…mana tahu boleh juga jadi jutawan

  5. Macam mana cara saya nak jadi agen menjual baju im tu…

  6. zul says:

    Apakah bisnes dropship yg senang utk dijual.. contohnye seperti apa.. sesiapa yg sudah atau ada pengalaman sila kongsi pkease.thnks..

  7. zul says:

    Sy mmng seorang yg suka berniaga tetapi kekurangan modal.tp skrg sy ingin mncari funder utk satu projek event di batu pahat.sy jga pernah kerugian sehingga hampir 200k semasa sy mmbuka cafe dahulu.sehingga sekarang sy masih lg berusaha utk merubah hdp sy lbh selesa.jika ada sesiapa atau funder yg berminat utk mmbuat event blh la rojer2 sy.(event memancing).zulkiflijamian@yahoo.com

  8. blog amir says:

    betul. nak bisnes tak perlu modal pun. modal usaha, tenaga, ilmu dan etc paling penting.

  9. “Modal” tak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata-mata. Masa kita tu pun modal jugak 😀

  10. Othman says:

    Nak Tanya mcm mana menceburi Bisnes tanpa modal.Bagaimana kita nk mulakan.minta penerangan lebih lanjut lagi

    • Amirul says:

      Banyakkan membaca artikel/post/buku berkaitan bisnes. Menonton wawancara usahawan berjaya dan juga follow Facebook usahawan yang mengeluarkan produk. Kadang-kadang mereka ada tawarkan dropship ataupun stokis utk produk terbaru mereka. Tengok juga di group2 di FB produk apa yg selalu org post termasuk juga selalu melihat setiap jenis iklan yg keluar di timeline FB. Itu antara cara menceburi bisnes tanpa modal duit. Yang penting ada masa dan Internet.

  11. Nurulain says:

    Nk berjaya dlm hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *