Full Approve Adsense Malaysia

Akhirnya! Akaun Adsense yang saya apply pada awal November akhirnya di approve setelah 17 hari. Orang kata nak apply Adsense untuk non – hosted ni payah dan ramai yang mempercayai itu termasuk saya.

Namun peristiwa yang terjadi pada Oktober lalu telah membuatkan saya menggigil kerisauan. Mana taknya, tiada lagi pendapatan dari blog apabila akaun Adsense yang saya guna sejak 2013 telah dibanned oleh Google. Salah saya kerana tidak membaca betul-betul peraturan Google iaitu tidak boleh menggunakan popup di blog untuk memaparkan iklan.

Akaun tersebut memang sangat berjasa. Betul-betul mengubah 360 hidup saya. Sebagai seorang pelajar biasa, mesti agak mustahil untuk mempunyai kereta berulang alik setiap hari dengan jarak 70km, makan di restoran, coolblog hampir tiap hari dan travel tanpa kisah soal duit. Namun sejak berkenalan dengan pengiklanan Google ini, itu semua tak mustahil dan menjadi realiti.

Ibarat anda dah bersenang lenang dengan rezeki yang melimpah ruah, dan ia ditarik kembali. Itu yang saya rasa.

Namun, semua yang berlaku pasti ada hikmah. Saya kembali merangka strategi untuk kembalikan financial freedom saya. Saya buat macam-macam dalam masa sebulan tu. Saya banyak membaca cara untuk apply akaun Adsense, bertanya kepada pakar. Dan di samping itu saya ada melakukan jualan online menggunakan FB Ads yang sedikit sebanyak memberi pendapatan.

Selepas melakukan pembacaan dan bertanya pakar, saya rasa agak mustahil untuk apply akaun Adsense. Jadi saya rasa elok beli saja akaun ni dekat orang. Bila survey, terkejut jugak bila harga akaun Adsense kini mencecah hingga RM2000. Saya memang mampu untuk membeli akaun tersebut namun banyak risiko kerana zaman sekarang banyak scammer.

Sampai satu masa saya rasa elok cuci tangan dengan Adsense. Tapi, pendapatan dengan jualan online takkan mampu menampung perbelanjaan saya. Jadi nak tak nak, terpaksa juga mencuba apply akaun Adsense kerana sudah tiada pilihan lain.

“You never know how strong you are until being strong is your only choice.” – Bob Marley

 

Ada betulnya apa yang Bob Marley katakan, saya kuatkan diri untuk apply walaupun hati saya berkata 90% akan gagal.

Seminggu berlalu, masih tiada email dari Google.

Dua minggu berlalu, masih tiada email dari Google.

Pada hari ke 17, tak sangka. Betapa gembiranya apabila dapat email dari Google dengan tajuk “your site is connected to adsense”

adsenseeeeeeeeeeee

Alhamdulillah, kalau kita usaha kita akan dapat hasilnya. Kalau tak dapat, kita kena refleksi kenapa kita masih tak dapat hasilnya. Mungkin kejayaan itu ditangguhkan atau sebaliknya. Sekian saja dari saya.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

10 Responses

  1. shaqiff says:

    Macam mana nak connected kan adsense ke blog kita ?

  2. Wafi says:

    mcm mana nak buat jgk

  3. imnajmi says:

    thanks bro……. lepas ni sedap la convert usd ke ringgit hehe

  4. zik says:

    hebatlah lu bro..

  5. Wah tahniah Amirul… Dah banyak kali aku cuba apply untuk blog lirik aku ni tapi ntah lah google xsuka blog aku kut 🙁 🙁 aku tengok blog orang lain yang sama macam blog aku ada iklan adsense .. camne tu erkkk

  6. Wan Zawawi says:

    Fuhh…lepasni boleh la kongsi tips untuk approve dari adsense tu nanti ye bro 🙂

  7. Mus says:

    sy banyak kali apply baru lulus

  8. mrhanafi says:

    saya nunggu kelulusan juga adsense dari satu blog..

    akibat tiada income domain pun tidak dapat renew..

    sekarang saya cari duit menggunakan affiliate dan terpaksa bekerja keras dari 6 pagi sehingga 2 pagi..

  9. Abdul Wafi says:

    Adus payah benar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *