Erti Kesyukuran Yang Rakyat Malaysia Harus Sedar

mas mh370

Alhamdulillah, hampir 18 tahun saya hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Hidup di sebuah negara yang tidak bergolak, tiada peperangan dan penindasan. Dan lebih bersyukur saya apabila saya dilahirkan sebagai seorang Islam, diazankan setelah ibu saya melahirkan saya. Subhanallah, itulah nikmat yang Allah berikan kepada saya dan anda semua.

Lihat di negara Timur tengah, berapa ramai orang Islam ditindas dan dibunuh. Diambil hak mereka di bumi mereka sendiri. Sebagai saudara seagama, siapa yang tidak sedih melihat keadaan sedemikian. Namun, itulah realiti dunia apabila kita sendiri umat Islam berpuak-puak dan tidak mahu bersatu maka begitulah jadinya.

Jika dahulunya, umat Islam sedikit sahaja namun kekuatan Islam sangatlah dasyat. Kini umat Islam ramai tetapi kita tidak bersatu maka bagaimana kita hendak menakluk dunia bahkan kita ditindas.

Jika anda sedar, awal tahun 2014 kita dihadirkan dengan musim kemarau yang berpanjangan sehingga ke hari ini. Di kawasan berdekatan ibu kota sehingga air terpaksa dicatu kerana bekalan air di empangan tidak mencukupi atas faktor hujan tidak turun.

Dan insiden pesawat MAS MH370 yang entah ke mana hilangnya. Pencarian dan pelbagai usaha dilakukan menggunakan teknologi yang dikatakan tercanggih masih tidak mampu mengesan di mana pesawat tersebut berada. Banyak negara luar yang memberi bantuan (atau hanya ambil kesempatan) dengan menggunakan kapal perang dan jet serta helicopter untuk mengesan pesawat di Laut China Selatan.

Pelbagai spekulasi, teori yang dikeluarkan para pemikir termasuk anda dan saya. Rakyat Malaysia tertumpu kepada siaran Astro Awani yang 24 jam mengemas kini berita berkenaan pesawat tersebut. Tidak lupa kepada media Pro-Barat dan Yahudi yang menghentam Malaysia kerana insiden kapal terbang ini. Bagi saya, media barat akan mencari sensasi supaya orang membaca berita mereka dan menyebarkan ideologi yang dapat memberi faedah kepada mereka.

Malah terdapat percanggahan maklumat yang membuatkan rakyat kita sendiri terkeliru. Bagi yang tidak mengikuti perkembangan berita mungkin tidak menyedari perkara ini, bagi orang yang mengikuti perkembangan berita di dalam media massa dan Internet pasti akan ragu-ragu dengan kesahihan berita yang dikeluarkan oleh media barat.

Walaupun media di Malaysia nampak seperti lambat dengan perkembangan terbaru namun kita beruntung kerana media Malaysia masih telus dalam menyampaikan berita dan mereka menyelidik kesahihan berita tersebut sebelum dikeluarkan di dalam televisyen dan akhbar.

Genap seminggu pencarian pesawat MH370, namun masih menemui jalan buntu. Sesungguhnya teknologi tercanggih pun tidak dapat menemui pesawat itu, bukti kekuasaan Allah S.W.T. Sama – samalah kita mendoakan agar pencarian ini mendapat redha Allah dan pesawat yang hilang dapat ditemui serta segala tanda tanya dapat terjawab tanpa ada sebarang perkara yang kita tidak mahu berlaku. Kita selaku manusia hanya mampu berdoa dan berusaha, namun segalanya Allah yang tentukan.

Saya sebenarnya hendak menulis lebih panjang, namun saya mungkin akan menyentuh isu sensitif dan keharmonian negara kita. Keharmonian negara kita harus diutamakan, lama kelamaan kebenaran akan muncul juga walaupun ianya agak pahit untuk diterima.

Saya memuji MAS kerana bertindak cemerlang. Saya ada terbaca berita yang seorang kakitangan MAS tidak balik ke rumah selama seminggu kerana beliau rasa bertanggungjawab terhadap insiden ini. Inilah manusia yang kita patut contohi, beliau bertanggungjawab atas amanah yang diberikan kepadanya.

Adakah semua yang menimpa rakyat Malaysia ini kerana kita sudah lupa pada Allah dan melarang laranganNya? Ya Allah, hindarilah kami dari fitnah Dajjal dan akhir zaman. 

Pray for MH370

 

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

15 Responses

  1. Rakyat Malaysia perlu bersyukur, kita hidup dengan aman dan harmoni dinegara ini.

    Respek dekat kakitangan MAS yang tak balik rumah kerana ada tanggungjawab yg lebih besar yg perlu diselesaikan itu.

  2. bagus orang MAS ni, tapi kalau dah namanya nasib, memang tak boleh nak buat apa lah.

  3. azlanvai says:

    Kita mestilah yakin dengan tindakan semua pihak yang terlibat dalam pencarian. diorang buat sedaya upaya tau. Setiap kemungkinan disiasat. Biarlah banyak kos perlu ditanggung tapi demi keselamatan penumpang dan krew, tak apalah.

  4. Hakim Mahmud says:

    Alhamdullilah Malaysia masih aman.

  5. shahfir says:

    apabila ilmu sains kita habis diguna…kita patut kembali kepada PENCIPTA

  6. semoga ia di pertemukan

  7. hafizmd says:

    Insiden demi insiden utk kta ambil pengajaran dan iktibar..

    Semoga mh370 akan dijumpai dgn slmt..ameen

  8. Denaihati says:

    sama-sama kita terus doakan MH370 dipermudahlan ditemui dan semua krew dan penumpang semua selamat.

  9. akubiomed says:

    Pengumumang terbaru oleh PM menimbulkan persoalan terbaru nasib MH370 ini.

  10. titan says:

    hoho..orang kita ni memang ramai tak bersyukur.

    laju gila salji kat blog ko nih..

  11. Izan says:

    salji berguguran di mataku tatkala membaca entry si amiru ni..

  12. profhariz says:

    Deep bro. Nice blogpost huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *