Caj Internet di telefon pintar ‘cekik darah’

Caj telekomunikasi

Assalamualaikum dan salah sejahtera. Sebagai rakyat Malaysia, anda pasti menyedari bahawa syarikat telekomunikasi di Malaysia semakin bertambah dari masa ke semasa. Jika dahulunya hanya tiga syarikat yang mendominasi telekomunikasi Malaysia dalam komunikasi selular seperti Maxis,Celcom dan Digi.

Namun dengan kehadiran syarikat baru seperti Umobile dan Tunetalk telah merancakkan persaingan antara syarikat telco di Malaysia untuk menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna Malaysia.

Walaupun caj untuk telefon dan sms makin menurun tetapi caj untuk pengguna internet di telefon pintar masih lagi di tahap yang boleh dikatakan agak ‘mahal’.
*Prepaid

Maxis Mobile Internet Plan ( Bulanan )

RM18 – 100MB quota
RM28 – 200MB quota
RM38 – 500MB quota
RM48 – 1GB quota

Sebagai pelajar, harga majoriti hanya mampu memilih pakej RM18 untuk 100mb quota. Selepas 100MB telah digunakan, internet ini akan terbatal dengan automatiknya. Mustahil 100MB cukup untuk digunakan dalam sebulan bukan?

Jika anda mampu memilih pakej RM48, adakah ia berpatutan dan harga mampu milik? RM48 tidak termasuk caj telefon dan sms begitu juga dengan pakej-pakej yang lain.

Digi Mobile Internet Plan ( Bulanan )

RM30 – 600 MB quota
RM48 – 2GB quota
RM68 – 5GB quota

Digi tidak menawarkan sms dan panggilan percuma sekirannya anda melanggan pakej internet mobile mereka.

Celcom Mobile Internet Plan ( Bulanan )

RM5 (Sehari) – 500MB quota
RM18 (Seminggu) – 1GB quota
RM28 (Bulanan) – 300MB quota
RM38 (Bulanan) – 1GB quota
RM58 (Bulanan) – 3GB quota
RM88 (Bulanan) – 5GB quota

Jika anda tidak melanggan pakej Internet Celcom anda akan dikenakan caj penggunaannya RM0.10/10kb.

U Mobile Mobile Internet Plan ( Bulanan )

Umobile Internet Plan

U Mobile antara syarikat telco yang agak berbaloi untuk pelajar dan yang sudah bekerja untuk dilanggan namun coveragenya yang agak lemah di sesetengah kawasan telah menyebabkan ramai yang tidak memilih U Mobile.

Kesimpulannya caj telco untuk pengunaan internet di telefon pintar masih ‘cekik darah’ kerana cajnya yang agak mahal berbanding negara serantau yang lain. Pihak berwajib perlu melakukan sesuatu untuk menurunkan harga telco di negara kita demi meringankan beban rakyat kerana semua orang perlukan Internet di dalam telefon mereka demi mencapai wawasan 2020 untuk melahirkan golongan celik IT.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

4 Responses

  1. Lee says:

    ish , apa yang anda tulis itu betul. Telco di negara ni amat cekik darah .. Yang masih main di pemikiran saya , internet yang keluar masuk dari satelite ke telefon makan minyak ke?… sudah berminggu-minggu berturutan saya melanggan internet Digi debgan harga yang rendah dan apalagi, quotanya pun rendah.

  2. izz says:

    yup..mahal..tp skrg ni sya guna rangkaian clixster..rm17 sebulan utk 1G.. korang boleh ar try..bukan nk promote,.juz sharing..boleh2 kita support produk bumiputera kita..korang chek sendiri la nnti.. 🙂

  3. Miena says:

    A-ah betul …I guna friendi I just mampu yg Rm 18 ,500Mb tp baru guna 3days dh week I,x buka U-tube pon…bila nk on U-tube kene pegi kedai mamak dh satu hal lak nk kuar duit agi buat bayar minum tea-o n mie goreng ,,,addoy…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *