Biodata

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sebagai pelajar, bukan mudah untuk membahagikan masa untuk belajar dan menulis blog. Saya sudah berkecimpung dalam arena blog ini sejak 5 tahun lalu. Ia bermula dengan minat. Saya minat menulis dan meluangkan masa dengan melayari internet.

Pada mulanya saya hanya menulis blog tentang kehidupan dan diri saya. Sewaktu ini hanya rakan-rakan sekolah saya yang melawat blog saya. Kemudian saya menulis tentang isu semasa dan teknologi. Blog saya mendapat sambutan luar biasa dari para blogger dan warga Facebook.

Di samping menulis blog, saya dapat berkenalan dengan blogger-blogger. Mereka semua peramah dan senang dengan saya. Antaranya Affan, Asyraf Asnawi, Putrashah, Apit dan Awan Fantasia.

Hobi saya tidak hanya terbatas kepada blog, saya baru menemui lubang untuk memasuki dunia bisnes. Banyak pengalaman manis dan pahit yang saya lalui, tak lupa juga ditipu banyak kali. Ada juga yang baik di awal perkenalan, namun akhirnya yang saya sedar cuma ingin mengambil kesempatan.

Ada orang kata saya ni jenis pendiam. Tapi jika anda kenali diri saya, saya bukanlah seorang yang pendiam. Ibarat sebuah pintu, jika anda tidak mempunyai kunci anda takkan dapat masuk melaluinya.

Saya sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan kurang berminat dengan pujian.

Muhammad Amirul

 

5 Responses

  1. Assalamualaikum bro. Belajar mana?

  2. Ammar says:

    Mereka semua peramah dan senang dengan saya. Antaranya Affan, Asyraf Asnawi, Putra, Mark Anthony dan lain-lain. Mana nama Ammar takde pun? hehehehe :p

  3. Selamat berkenalan tuan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *