Bertahun Kenal Dan Akhirnya Dipertemukan Pada Suatu Petang Yang Indah

jumpa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bangsa dan agama.

Sudah lama saya tidak meluangkan masa untuk berkopi bersama rakan kerana kekangan masa sebelum ini. Namun selepas cuti sem saya telah mengaturkan pertemuan antara orang Sungai Petani – Alor Star – Changlun di Aman Central Mall, Alor Star.

Bukan mudah untuk mengajak mereka kerana mereka ini memang bukan biasa-biasa. Saya sangat menghormati dengan prinsip mereka.

1. Asyraf Asnawi Nasir

Saya kenal beliau sejak 2010 lagi. Seorang yang tak banyak bercakap namun sekali dia bercakap boleh membuatkan orang lain terdiam kerana bahasanya sangat tinggi. Apa yang saya suka, beliau tunjukkan hasil sebelum membuka mulut. Sebelum ini saya pernah menulis tentang beliau di sini.

Jika ingin membaca blog beliau > sini.

2. Afiq Ikhwan

Mungkin salah seorang idola saya dalam bidang perniagaan. Saya sangat menghormati prinsip beliau. Seorang yang on time dan kuat berfikir. Gaya pemikiran beliau memang bukan biasa-biasa seperti orang kita. Beliau memang business minded. Banyak yang saya pelajari darinya. Jika anda mahu belajar sedikit sebanyak tentang konsep perniagaan, follow Facebook Afiq Ikhwan.

Dari kiri Afiq Ikhwan, tengah saya dan kanan Asyraf Asnawi.
 

Dalam perjumpaan kali ini, banyak perbincangan ilmiah yang kami bincangkan. Antaranya produk terbaru yang tengah hangat di pasaran dan beberapa projek baru yang mungkin kami akan JV.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

2 Responses

  1. Asyraf says:

    Terima kasih tuan payung tadi😉

  2. hanya kenal di alam maya je la yek sblm ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *