Ancaman Terbesar Facebook

all-lasting-business-1920x1080

Kian hari, semakin ramai yang sudah cuci tangan dari berniaga menggunakan Facebook. Facebook semakin pailang dengan penggunanya. Sejak Facebook Ads diperkenalkan, peniaga-peniaga online semakin hilang sengatnya.

Saya beri contoh Ahmad ada sebuah fanpage yang mempunyai 200 ribu like. Page ini sangat aktif pada tahun – tahun sebelum ini dan Ahmad mengaut keuntungan yang banyak dengan menggunakan fp ini sebagai platform untuk marketing blognya dan memberi sewa kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi admin.

Jika Ahmad mempunyai 5 orang pesewa di dalam fanpage itu, sebulan dia sudah boleh mengaut lebih kurang RM600 atau lebih. Itu belum dikira keuntungan dari blog yang dianggarkan kira-kira RM300 atau lebih.

Secara mudahnya, Ahmad sudah mempunyai RM800 bersih dalam tangan. Jika Ahmad seorang pelajar, RM800 itu sudah dikira banyak dan menyamai seperti kerja sebulan di 7E atau di kedai runcit.

Namun kebelakangan ini, Facebook telah mengurangkan ‘reach’ kurang daripada 7%. Sejak itu, ramai yang sudah cuci tangan dari membuat servis / menjual barangan menggunakan fanpage. Biar saya terangkan lebih lanjut kenapa ramai orang kita cuci tangan dari berniaga di Facebook.

Facebook dikenali sebagai laman sosial terbesar di dunia yang terbesar di dunia dengan satu billion pengguna setiap hari.
Ahmad mempunyai sebuah page yang popular di Facebook sebanyak 200 ribu like.

Tetapi, mengapa dia CUCI TANGAN?

Secara purata, posting di fanpage dia hanya akan dilihat oleh 1% dari jumlah pengguna yang like fanpage Ahmad.

Ini yang Ahmad tulis di Facebook,

Saya hanya memiliki fanpage 200 ribu likes. Dahulu dengan sekarang banyak bezanya. Tahun-tahun sebelum ini, jika seseorang mempunyai page dengan like yang besar, ia seumpama anda memiliki emas. Nilainya mencecah ribuan ringgit bagi page 100 ribu likes ke atas.

Facebook telah memperkenalkan algorithm yang hanya memaparkan berita – berita berkualiti dan kurang gambar dipaparkan di news feed pengguna. Selain itu, lebih banyak FB Ads akan dipaparkan di news feed dan secara tidak langsung mengurangkan lagi reach.

Mengapa perkara ini berlaku?

Facebook ingin menggalakan pengguna mengiklankan produk di FB Ads yang menguntungkan mereka. Facebook sudah pasti ingin mengaut keuntungan bagi syarikat mereka tambahan pula semakin ramai yang mempunyai akaun Facebook dari muda hingga tua dan kesempatan ini diambil oleh mereka.

Jadi nasihat saya kepada pembaca, ini bukan masanya untuk anda membeli page. Facebook bila- bila masa sahaja boleh unpublish atau delete page anda. Jadi lebih baik anda laburkan duit membeli emas atau menderma di masjid.

Dan apa lebih penting, berniaga secara face to face is the best way.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

3 Responses

  1. titan says:

    kena lebih bijak. Itu aje yang aku mampu cakap.

  2. Azman Ismail says:

    Kena buat promosi cara lain pulak jawab nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *