5 Tips Lajukan Smartphone Android

lajukan smartphone

Waktu baru beli smartphone, rasa laju kan? Tapi selepas 3 bulan guna rasa macam makin slow. Untuk lajukan smartphone bergantung kepada cara penggunaan applikasi dan cara pengguna setting.

Jangan pelik kalau telefon jenis high-end pun boleh ‘hang’ kalau digunakan oleh pengguna yang tidak pandai setting dan install berapa banyak apps dia boleh install selagi tak full storage tu.

Perkara sebegini jarang berlaku kepada pengguna iPhone tetapi selalunya kepada pengguna Android. Kadang-kadang saya pun kagum dengan iPhone yang RAM sebesar 1GB tapi boleh bukak apps banyak-banyak tanpa ‘hang’. Tapi saya tak nafikan kemampuan sesetengah telefon Android yang lain.

Ini tips saya untuk lajukan telefon pintar Android

1. Gunakan launcher yang ringan

Saya cadangkan launcher seperti Nova Launcher dan Action Launcher. Kedua launcher ini lebih ringan dari stock launcher dari pengeluar phone yang berat serta menggunakan banyak RAM. Sekurangnya anda dah dapat save memory dan RAM dengan menggunakan launcher ini dan melajukan lagi smartphone.

2. Jangan gunakan Live Walpaper

Live wallpaper bukan setakat sahaja menggunakan banyak tenaga bateri smartphone anda malah menggunakan banyak RAM serta melambatkan smartphone anda.

3. Elakkan guna terlalu banyak widget

Widget yang terlalu banyak di fon akan menggunakan banyak RAM kerana ia berjalan secara background di dalam smartphone. Jelas sekali melambatkan fon anda dan menggunakan banyak tenaga bateri.

4. Gunakan task killer

Apabila anda sudah membuka banyak aplikasi, gunakan task killer untuk menutup semua aplikasi. Ia dapat melajukan smartphone. Kemudian, boleh terus boost.

5. Uninstall dan Disable Aplikasi yang jarang digunakan

Jangan sangka applikasi yang anda jarang gunakan tidak menganggu kelancaran smartphone kerana ada sesetengah aplikasi yang berjalan secara background tanpa anda ketahui.

Ini tips basic yang saya dapat kongsikan. Mungkin ada lagi tips yang saya tertinggal. Saya kurang gemar aplikasi Clean Master. Nampak seperti aplikasi yang melajukan telefon pintar, tetapi apps ini memakan banyak RAM dan on di background sepanjang masa. Memang menghabiskan bateri secara total.

Kredit gambar : Android Authority

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

9 Responses

  1. reezluv says:

    aku install yang basic je,gambar sebulan skali pegi delete..ahaha.memang ringan, sesekali clear la history mana yang patut tu

  2. permatamama says:

    patutlah selalu hang fon rupanya widget banyak boleh melambatkan fon.tq untuk info

  3. paling penting ram kene kuat…kalo 512mb tetap hang haha

  4. akuoka says:

    cara paling senang adalah guna phone yang ram kuat…
    tp samsung lanucher dia sendiri memang lah sangat berat…
    kalau guna launcher yg laen pun…
    still guna touchwiz makan bateri n makin membazir beteri adalah…

    itulah sebabnya susah guna samsung tapi samsung still pilihan hati bersama sama iphone
    dah 2 tahun aku pair iphone 5 and note 3… note 3 lagi terbaik nak surf n maen game, iphone terbaik kamera n social media

  5. shazmee says:

    Aq guna fon xiaomi…smpai camera pon jd berat

  6. Launcher tu kot yang paling penting selain amaun RAM. Pakai yang Samsung, cam apa entah slow nya. Pastu cepat hang. Sekarang dah guna Nova launcher baru lah rasa ok gak.. kalau tak rasa nak baling je

    • Amirul says:

      Ya betul, tetapi utk Touchwiz(Samsung) utk phone S5 ke atas dah okay. Dah tak slow dah. S5 ke bawah mungkin ada masalah slow sikit lps update.

  7. shafiq says:

    mcm mne nk update hp aku ni..ndroid zombie phone samsung galaxy ace duos…cube aja skit aku ni

  1. January 6, 2016

    […] itu kebanyakkan smartphone brand dari China gambar tak lah cantik mana walaupun megapixel tinggi, ia hanyalah untuk memancing […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *