10 Games Android Terbaik 2013

10 Games Android Terbaik 2013 | Syukur ke hadrat Ilahi kita masih bernafas menjelang Disember 2013 dan tak lama lagi akan menjelma tahun baru 2014 mengikut kalendar Masihi. Mengikut statistik yang dilakukan oleh World Mobile Federation, hampir 70% pengguna telefon pintar menggunakan sistem operasi Android.

Saya telah mencuba pelbagai aplikasi games di Android dan saya telah memilih 10 Games Android terbaik untuk tahun 2013. Anda boleh memuat turun top 10 aplikasi permainan di Play Store.

asphalt 8 airbone

1. Asphalt 8 : Airbone

Asphalt 8 merupakan kesinambungan bagi Asphalt 7 : Heat yang dikeluarkan oleh Gameloft. Permainan ini sangat popular dikalangan pengguna Android dan iOS kerana graphic dan realistic dalam perlumbaan kereta. Saya telah menghabiskan 2 minggu untuk mencuba permainan ini dan ia sangat addictive. Lebih menarik anda boleh bermain multiplayer bersama rakan anda dengan menggunakan connection wifi yang sama dan turut diserta fungsi Ghost. Dalam pemahaman saya, ghost ini merupakan satu hologram kereta anda apabila anda sedang berlumba dan fungsinya untuk menjadi benchmark dengan perlumbaan lalu anda. Anda boleh muat turun game ini secara percuma di dalam Play Store (dahulu berbayar sekarang percuma). (Playstore)

FIFA-14-Crack

2. FIFA 14

FIFA 14 merupakan permainan sukan bolasepak yang popular dikalangan gamers sedunia. Apa yang anda perlu tahu, Fifa di PC dan Fifa di Android sangat berbeza dari segi gameplay, controller, graphic dan features. Anda boleh bermain di dalam mod Liga, Cup, atau pengurus. Turut hadir fungsi untuk membeli, menjual atau loan players dari kelab lain. Saya cadangkan anda supaya muat turun Fifa 14 crack kerana jika anda download di Play Store anda tidak boleh bermain mod liga, pengurus dan akan menjadi terhad serta perlu membayar jika ingin unlock features tersebut. (PlayStore)

virtua tennis

3. Virtua Tennis™ Challenge

Game ini sangat menarik jika anda meminati sukan Tennis. Ia dilengkapi dengan mode World Tour yang memerlukan anda bersaing dengan pemain Tennis terkemuka ranking top 100 dunia. Game ini sangat awesome jika bermain multiplayer menggunakan sambungan bluetooth dengan rakan anda. Teringat lagi saya ketika ke sekolah, satu kelas membawa telefon pintar dan bermain permainan ini sewaktu guru mesyuarat. Terdapat versi free dan berbayar, namun saya lebih prefer yang berbayar. (Playstore)

modern combat 4

4. Modern Combat 4 : Zero Hour

Jika anda peminat game tembak menembak, anda boleh muat turun Modern Combat 4 yang penuh dengan debaran dan bunyi peluru serta bom yang meletup. Rakan saya menghabiskan berminggu – minggu untuk menghabiskan semua misi di dalam game ini. Modern Combat 4 adalah game berbayar di Play Store, jika anda mahukan percuma anda perlulah mencari apk sendiri di Internet. (Playstore)

gta 3

5. Grand Theft Auto III

Jika anda merupakan seorang peminat game GTA, berita baik anda dapat bermain di peranti anda walaupun di mana jua anda berada. Saya telah bermain games ini selama 4 minggu, apa yang saya dapat simpulkan ia sama seperti GTA Vice City di PC. Namun anda perlu membiasakan diri dengan control game ini. Terdapat aplikasi cheats untuk game ini di Play Store jadi anda dapat membuat cheats untuk memudahkan anda menyelesaikan mission. Saya telah menyelesaikan semua mission dalam game ini. GTA III merupakan paid apps, jadi jika anda tidak mahu mengeluarkan duit anda boleh mencari apk game ini di Internet.(PlayStore)

6. Despicable Me (PlayStore)
7. Candy Crush (PlayStore)
8. Plants vs Zombie 2 (PlayStore)
9. Dead Trigger 2 (PlayStore)
10. Into The Dead (Playstore)

Pemilihan aplikasi ini adalah berdasarkan ujian yang telah saya lakukan. Jika anda tidak tahu cara untuk muat turun aplikasi crack di Internet, anda boleh hubungi saya menerusi Google+. Jika ada sebarang pandangan, boleh kemukakan di bahagian comments.

Amirul

Menulis biarlah dengan ilmu, membaca biarlah sampai habis.

You may also like...

16 Responses

  1. kiki says:

    best!info yg menarik….mmg kalau bosan kena hadap game je

  2. Anraka says:

    Game atas semua dah byk tahun pernah main…
    skrg aku main game yg ada tournament dari game hero…
    blh dpt hadiah jika menang tournament ini…

    • JutaJuta says:

      game hero ada baru tournament lagi? last itu game hero aku dah lepas hanya nampak org menang hadiah besar!!
      sampai bila tournament ini? kali ini game apa main!! aku nak masuk kali ini…

      • fini says:

        masuk je , join la senang bukan susah pun ..
        tapi u kena jadi celcom dulu baru boleh join bt berbaloi lar kalau u join ada prizes worth to rm300k wey lagi game ni u blh main 7 November 2017 until 12.00 pm 6 March 2018…cuba join still ada masa njoin

  3. JutaJuta says:

    game hero ada baru tournament lagi? last itu game hero aku dah lepas hanya nampak org menang hadiah besar!!
    sampai bila tournament ini? kali ini game apa main!! aku nak masuk kali ini…

  4. shah says:

    wuuu , namapak smua menarik tapi tgh cari gama mcm challenging ,mcm fon game mcm tu tapi nak mmg interesting fight game mcm tu , bosan dah main game2 car racing , fifa smua

  5. mickyy says:

    huhuhuhuhuhuhu
    nak cari game utk mobile ? tengok cuba main game yg celm punyer lar , sbb dengar ada tournament smua skrg
    cuba tengok kt fb page dia org ….sbb i pun bukan taw sgt psl tu

  6. machoo says:

    ha bukan tournament tu dah abis ke ???
    @@

    • pon says:

      eh tak yg tu tournament 2 game hero racing car kwt yg ni baru punya tapi under celcom juga lar..best giler wey cuba join lagi this time punya hadiah pun best cuba main & menang ke

  7. jee mat says:

    games yg terbaru kill & shot tu ada org pernah main? tak best je, semua tembak bunuh,
    main byk kali mimpi pun akan mimpi bunuh org.haha.

    • anena says:

      games tu utk bunuh org ke? buatlah games yg tak ganas la. budak skrg makin ganas pasal main games mcm ni la.
      semua skt2 nak gaduh sbb tiap2 hari main games mcm ni.

      • pon says:

        walau wey ganas2 utk apa ..main game ni lar menarik je kena shoot n kill …mmg fun n challenging
        lagi ada hadiah kalau menang lar …
        smua org blh main je …wohoooo

    • elee says:

      klau main games tembak pun blh mimpi bunuh org tu bahaya la.
      tapi i dah tengok kat games tu rasanya tak ganas sgt la.
      sbb games2 kat apps pun ada yg lagi ganas.
      i pun rasa nak cuba main sbb ada hadiah tunai.

  8. cachi says:

    i ni main game car racing tournament 2 tu best lar tapi bukan main selalu kejap je for fun

    • pon says:

      yerrr yg tu i tak dpt join sbb tu skrg i dah join ..best lar yg ni pun …kill shoot n leegncy mmg fun to play
      tapi mmg lar kena main n update kt leaderboard kalau ada nama kt situ huhuh ada chances win !!!

  9. shah says:

    wah interesting , i baru join lepas tgk infor ni dah join immediatly sbb hadiah lar …ahahhahaa
    thanks smua ..harap2 lar i blh menang juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *